BTC USD 86,251.4 Gold USD 4,358.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Keburukan Melabur Dalam Unit Amanah

huu..dh kene dh!!..

xpe2.. bese la tu.. ada baik, ada buruk..

yang penting ada penilaian yg khusus sebelum invest dlm mana2 cabang pelaburan..

p/s: klu ada tool pelaburan yg CONFIRM 100% untung, bgtau ye.. nk invest ..~ :D
 
Bg aku...SHARE MARKET is also potential scamm investment yg bakal cost a millions money of investor..

nowadays...tunjuk lah good2 figures dlm balance sheet atau cash flow...se strong mana pun fundamentals, bila dah float ajer...jeling2 gak kat dow jones atau SnP and then pray esok FBM KLCI perform seiring kalau DJ and SnP are shone last nite..

technical hancus becoz volume tarak kat SHARE MARKET..30% ajer yg retail, balance harapkan institutional investor yg majoritinya target high dividend yield counter and long term..so, tak sesuai utk ikan bilis.. :))


lebih baik pergi futures market...FCPO, FBM KLCI FUTURES, Brent, SOya Bean..atau kalau hati kering pi forex :)cgrock

bg aku...ASB is better than UT and juga jauh lebih baik dari share market...:)cgrock

org besar UT dah mengomen..bagus juga thread ni..leh kita tengok apa yg kita xtau..
 
Kenapa.perlu.melenting. Robert dh bg jawapan yg telus. Mmg pun den sekali je invest d public mutual rm1000 prestasi dlm setahun xbagus pn siap kne fees lg. Skrg den involve dlm bisnes emas sebulan je dh 10%-15%!
 
aku ada pengalaman pahit dalam unit amanah..hu..hu..hu
 
adoi nampaknya mungkin FY silap bagi Tajuk untuk thread ni. Sebenarbya info ini FY ambil dari artikel Robert Kiyosaki salah seorang Financial Guru di Amerika Syarikat dan again FY bukan nak memburukkan mana-mana cabang pelaburan dan FY takpun memberi penekanan kepada pasaran terbuka di Bursa Malaysia buat masa ini.

Bukan tak boleh melabur dalam saham amanah cuma kita kena tahu bila nak masuk dan bila nak keluar kerana kebanyakan portfolio saham tersebut berkadar langsung dengan pasaran saham. Kita beli saham amanah bilamana KLCI berada pada tahap 800 mata dan keluar pada tahap 1500+ sebenarnya adalah satu tindakan yang bijak.

Futures, forex dan lain2 mempunyai leverage dan risiko yang lebih tinggi sesuai untuk mereka2 yang suka mengambil risiko tapi harus diingat dalam instrumen ini kita perlu bersaing dengan dunia dan ketahuilah probability mereka mengambil duit pelaburan kita adalah lebih tinggi kerana mereka jauh lebih matang, berilmu dan berteknologi kalau dibandingkan dengan kita. Risiko kita kerugian adalah lebih tinggi.

Cuba perhati buat masa ini FY tak ada sarankan melabur dalam pasaan terbuka tetapi hanya kepada IPO MITI itupun kena pilih kaunter yang mana.

Baik unit trust agent atau apaun agent mahupun remisier, ada diantara mereka yang suruh membeli walaupun tahu produk mereka di tahap yang tinggi atau tak baik untuk membeli kerana ingin mendapatkan komisyen namun cuba selidik sikit adakah FY juga berbuat demikian?

Fikir-fikirkanlah.

Tak kenal maka tak cinta.

FY
 
bukan buruk sangka..tp dah ternyata tulisan TT memburukkan cadang investment yg lain. ke tak perasan??

Cuba pkir.. kalau sekadar nak bg info agar pelabur bijak wat pilihan...

1. kenapa perlu burukkan cabang kewangan lain semata2 nak naikkan cabang kewangan kita? cabang kewangan UT/saham sama2 ada beri untung, sama2 ada ada beri rugi pada pelabur...
ada ke pelaburan yg 100% bagi untung pada semua pelabur? Baik UT/SAHAM.. masing2 ada kebaikan, kelemahan, ada risiko, ada keuntungan.. juga masing2 ada peminat/prospek...

2. kenapa perlu burukkan agent UT dgn mengatakan agent UT ada yg suruh melabur walaupun dlm pasaran dah tinggi? Adakah anda rasa dlm SAHAM tak ada ada broker2/agent2 yg sikap serupa?

3. Tak salah pada sy TT buka thread cerita benefits invest in share compare to other investment instruments (tukar tajuk)... then biarkn investors pilih cabang2 mana yg mereka nak pilih utk laburkn n beranakkan duit mereka... just inform.. contact TT jika mrk berminat dlm SHARE MARKET, sbb u ada knowlewdge dlm bidang ni... cara tu lagi baik...

Again ini bukan tulisan FY, ini artikel yang FY translate dari tulisan asal Robert Kiyosaki sebagai maklumat buat semua as education malah untuk pengetahun FY sekali sbb dahulu FY juga merupakan agent unit trust.

Tulisan Robert Kiyosaki ini bertujuan untuk memaparkan maklumat mengenai saham unit amanah untuk pengetahuan ramai.

Andai FY jumpa mana-mana artikel tak kiralah dalam apa juga cabang pelaburan akan kebaikan dan keburukannya pasti FY akan postkan kerana ia penting untuk pembangunan ekonomi ummah di negara ini.

1. Dalam artikel itu FY sarankan tempat yang baik untuk melabur hartanah, emas dan Saham IPO MITI dan tak tekankan pun mengenai pelaburan saham secara terbuka. FY cuma terangkan dimana lebih baik untuk letakkan duit pelaburan kita ketika ini.

2. Kerana nila setitik habis susu sebelanga. Itu satu tuduhan dan satu lagi buruk sangka atas niat FY. Saranan FY kenalilah FY dulu sebelum buat tuduhan2 sebegitu bro.

Orang lain menyorok di sebalik avatar sedangkan FY begitu terbuka memperkenalkan diri bersesuaian dengan prisip keislaman. Itu satu petanda untuk difikirkan bro.

Sekian dulu.

FY
 
Last edited:
Bg aku...SHARE MARKET is also potential scamm investment yg bakal cost a millions money of investor..

nowadays...tunjuk lah good2 figures dlm balance sheet atau cash flow...se strong mana pun fundamentals, bila dah float ajer...jeling2 gak kat dow jones atau SnP and then pray esok FBM KLCI perform seiring kalau DJ and SnP are shone last nite..

technical hancus becoz volume tarak kat SHARE MARKET..30% ajer yg retail, balance harapkan institutional investor yg majoritinya target high dividend yield counter and long term..so, tak sesuai utk ikan bilis.. :))


lebih baik pergi futures market...FCPO, FBM KLCI FUTURES, Brent, SOya Bean..atau kalau hati kering pi forex :)cgrock

bg aku...ASB is better than UT and juga jauh lebih baik dari share market...:)cgrock

Bro, boleh tak bagi artikel tentang potential scam tu. Heresay tak tak mencukupi bagi perbincangan yang bernas. Di sini berkali-kali FY sarankan suruh pelabur sidelined on share market dan kalau nak belipun beli IPO MITI itupun selepas membuat penilaian yang jitu akan kaunter tersebut. Ini kerana sejak awal January KLCI tight range antara 1480 hingga 1600 dan kini menurun hingga ke tahap 1440.

Again Futures market adalah berasaskan derivatif dah ada masalah dari segi hukum disamping itu juga derivatif ini jugalah yang menyebabkan ekonomi USA dan Europe tersungkur. Leverage dan risikonya pula jauh lebih tinggi. Pelabur pula bersaing secara global. Kebarangkalian kita kalah adalah sangat tinggi.

Kita kenalah punya ilmu apa yang kita laburkan dan dimana kita melabur dan timingnya sekali. Itu yang penting.

Fikir-fikirkanlah.

FY
 
Last edited:
info yg menarik...mmg berguna untuk saya dlm membuat pertimbangan kaedah2 yg sesuai untuk melabur.
 
Mmg ramai kne pertimbangkan betul2 pelabuuran adalah satu bidang yg luas anda jne involve dr low risk medium risk dn high risk
 
Bro, boleh tak bagi artikel tentang potential scam tu. Heresay tak tak mencukupi bagi perbincangan yang bernas. Di sini berkali-kali FY sarankan suruh pelabur sidelined on share market dan kalau nak belipun beli IPO MITI itupun selepas membuat penilaian yang jitu akan kaunter tersebut. Ini kerana sejak awal January KLCI tight range antara 1480 hingga 1600 dan kini menurun hingga ke tahap 1440.

saya takder artikel..saya quote scamm based on my capacity dan experience dlm share market :) ..jika FY suruh pelabur berkali2 sideline, kenapa tak di sertakan chart utk verify yg market from sideways turn to bearish trend as of now .. and what is the hint market akan kembali bullish balik?? your presentation should be support with fact..saya dah pesan kepada ramai ikan2 bilis yg baru nak terjun ke laut dalam..sekiranya remiser anda bg sesuatu hint, make sure with facts ..not just verbal utk memastikan saranan mereka adalah saranan yg bernas dan tidak berlandaskan komisen semata2 :)

Again Futures market adalah berasaskan derivatif dah ada masalah dari segi hukum disamping itu juga derivatif ini jugalah yang menyebabkan ekonomi USA dan Europe tersungkur. Leverage dan risikonya pula jauh lebih tinggi. Pelabur pula bersaing secara global. Kebarangkalian kita kalah adalah sangat tinggi.
yup ..mmg kebarangkalian sgt tinggi..but rewards nya juga lebih tinggi dari share market. kita taking calculative risk. So, money management dan emosi adalah musuh utama saya. how vietcong boleh halau US kuar dr negara mereka time perang dulu?? jd kan "kelemahan sbg kekuatan" :)..Hukumnya Harus..ada pernyataan dr Majlis Syariah SC..saya dah lupa kat mana link dia

Kita kenalah punya ilmu apa yang kita laburkan dan dimana kita melabur dan timingnya sekali. Itu yang penting.
yup..saya masih menuntut ilmu..sifoo saya yg terbilang is forumer "awan yg terpilu", "goldfinger", "bantai", "pakdi" of bicarajutawan.com...if they can sucess, saya juga can..kita sumer can..yg penting money management

Fikir-fikirkanlah.

FY

Selamat hari raya FY..kita berbincang, bukan berdebat :)
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register