BTC USD 50,395.9 Gold USD 1,781.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RHB Terbit Kajian Saham Dalam Bahasa Melayu

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
325,128
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
325,128
Reaction score
16,623
Points
2,376

RHB terbit kajian saham dalam bahasa Melayu

Oleh Hazwan Faisal Mohamad- September 14, 2021 @ 9:22am
[email protected]

RHB-Bank_1631582522.jpg


RHB Investment Bank - Foto hiasan


KUALA LUMPUR: RHB Investment Bank menjadi firma penyelidikan pertama di negara ini yang menerbitkan laporan penyelidikan ke dalam Bahasa Melayu yang diterjemahkan daripada laporan Bahasa Inggeris.

Komitmen untuk terus menyediakan nota kajian di dalam Bahasa Melayu untuk pelanggan itu adalah selaras dengan visinya untuk menjadikan pelaburan saham sebagai kegiatan menyeluruh tanpa kekangan bahasa.

Ketua Penyelidikan Ekuiti Perbankan Pelaburan Kumpulan RHB, Alexander Chia, berkata Bursa Malaysia adalah sebuah pasaran yang penuh dengan pelbagai peluang untuk pelaburan ekuiti, justeru pelabur mendapat manfaat daripada pelbagai produk penyelidikan pelaburan yang diterbitkan oleh penganalisis berlesen.

Katanya, walaupun tiada jaminan untuk memperoleh pulangan pelaburan, bank itu percaya laporan penyelidikan memainkan peranan penting bagi memberi nasihat pelaburan rasmi dan ia berusaha untuk membina pelabur yang matang serta berpengetahuan.

"Kami yakin pelaburan sepatutnya bersifat menyeluruh dan bukannya eksklusif. Oleh itu, pendidikan mengenai pelaburan menerusi laporan penyelidikan sepatutnya sampai kepada kebanyakan pelabur runcit di negara ini tanpa sebarang halangan dari segi bahasa.

"Kami tahu ramai pelabur runcit Bumiputera ingin mencari produk-produk pelaburan sah serta dikawal selia di Malaysia. Namun, disebabkan oleh bahan bacaan atau laporan penyelidikan yang terhad terutama dalam Bahasa Melayu, pelabur Bumiputera mudah terjebak dalam produk pelaburan yang tidak dikawal selia.

"Dengan itu, laporan penyelidikan dalam Bahasa Melayu membuka peluang keemasan kepada mereka untuk melabur dalam pasaran saham. Bagi pelabur Bumiputera yang ada sekarang, kami berhasrat untuk mendidik serta membantu pemegang saham membuat keputusan pelaburan termaklum," katanya kepada BH.

Usaha itu mula dilaksanakan pada 10 Ogos 2020 dan setakat 31 Ogos lalu RHB Investment sudah menerbitkan 334 nota kajian Bahasa Melayu merangkumi kategori antaranya ulasan keputusan, previu keputusan, tematik, strategi pasaran dan idea perdagangan.

Mengulas lanjut, Chia berkata pelabur kini boleh mempertimbangkan saranan pelaburan saham secara terus daripada penganalisis berlesen melalui pembacaan laporan penyelidikan yang diterjemahkan kepada Bahasa Melayu.

"Selain itu, glosari penyelidikan Bahasa Melayu kami (nota pelengkap) akan menjadi panduan rujukan yang berguna untuk memahami aspek yang lebih teknikal dalam penyelidikan sektor bagi memastikan pembaca dapat memahami laporan dengan lebih jelas.

"Ini adalah inisiatif jangka panjang untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan RHB Investment Bank. Inisiatif ini bertepatan dengan visi kami untuk menjadikan pelaburan saham sebagai sebuah kegiatan yang menyeluruh tanpa kekangan bahasa," katanya.

Beliau menambah, RHB Investment percaya wujudnya peluang untuk memperkembangkan perkhidmatan penyelidikan pelaburan mereka dalam pasaran dan akan berkongsi rancangan apabila masanya tiba.

"Kami juga ingin membina jenama RHB Research sebagai sebuah institusi penyelidikan berwibawa dengan memberi lebih penekanan kepada laporan tematik berkenaan isu semasa termasuk Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG)," katanya.


 

CG Sponsors




Top
Log in Register