Raiz sedia lebih banyak kaedah melabur tahun depan

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,397
Reaction score
4,281
Points
201
raiz-malaysia_1605511010.jpg

Aplikasi pelaburan mudah alih mikro pertama Malaysia, Raiz

KUALA LUMPUR: Aplikasi pelaburan mudah alih mikro pertama Malaysia, Raiz akan memuatkan lebih banyak kaedah pembayaran tahun depan, sekali gus memudahkan lagi pengguna menambah jumlah pelaburan.

Ketua Eksekutif Raiz Malaysia Sdn Bhd (Raiz Malaysia), Aidi Izham Mohd Khalil, berkata, platform itu akan menggunakan khidmat rakan institusi kewangan lain bermula tahun depan, sebagai tambahan kepada Maybank yang juga rakan institusi kewangan eksklusif pertama Raiz.

Raiz juga, katanya mengalu-alukan lebih banyak institusi perbankan lain mengambil bahagian dalam aplikasi pelaburan mikro terbabit.

"Menjelang suku kedua tahun depan, Raiz akan tersedia untuk bank lain, di samping menambah dompet digital atau e-dompet. Pengguna berpeluang untuk melabur lebih banyak baki duit pembelian mereka.

"Selain itu, kami merancang berkembang ke seluruh kelas aset untuk mencapai portfoluo yang optimum. Kami juga akan menambah lebih banyak ciri bagi meningkatkan keyakinan pelanggan sedia ada mahu pun pelanggan baharu menabung serta melabur.

"Ia bukan hanya berkaitan pengurusan portfolio, malah berkaitan perbelanjaan (pengguna)," katanya kepada BH.

Aplikasi Raiz, yang membolehkan pengguna melabur daripada serendah RM5, dilancarkan oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB) pada Julai lalu.

Ia dibangunkan oleh Raiz Malaysia, syarikat usaha sama anak syarikat PNB, Jewel Digital Ventures Sdn Bhd dan Raiz Invest Australia Ltd (Raiz Invest), sebuah anak syarikat Raiz Invest Ltd yang disenaraikan di Bursa Saham Australia (ASX).

Aidi Izham berkata, sejak Raiz dilancarkan di negara ini, pendaftaran aplikasi itu mencecah lebih 100,000, yang mana kira-kira 17,000 adalah pengguna aktif dengan jumlah pelaburan sekitar RM4 juta.

"Jumlah ini mengatasi sasaran awal yang ditetapkan kami untuk mendapatkan 60,000 pendaftaran di Malaysia menjelang akhir tahun ini. Kami yakin angka ini akan terus meningkat berdasarkan momentum muat turun aplikasi itu ketika ini," katanya.

Mengenai caj perkhidmatan RM18 setahun yang dikenakan kepada pelabur, beliau berpendapat ia berpadanan dengan produk yang ditawarkan dan belum mempunyai perancangan untuk menyemaknya buat masa sekarang.

Katanya, pelaburan menjadi sangat mudah menggunakan aplikasi Raiz dan sesuai kepada sesiapa saja yang mahu membuat pelaburan tetapi tidak mempunyai pengetahuan mendalam mengenai pasaran.

"Anda tidak memerlukan sejumlah wang yang besar untuk memulakan pelaburan dengan Raiz, sedangkan terdapat dana unit amanah lain memerlukan deposit minimum sehingga RM1,000 selain mengenakan bayaran jualan setinggi 5.5 peratus dan beberapa caj lain.

"Kami membantu pengguna membina portfolio yang pelbagai melalui beberapa kelas aset. Portfolio akan diimbangi secara automatik dengan turun naik pasaran dan juga memenuhi matlamat jangka panjang pelabur," katanya.

 
Sponsored Post

fms

CG Top Poster Club
Joined
Feb 10, 2007
Messages
20,532
Reaction score
333
Points
131
Raiz caj RM1.50 utk pelaburan bawah RM6k..
yg masuk RM5 je, mmg 4 bulan akaun dah kosong..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register