BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kebakaran Kampung Bahagia: Sultan Pahang, Tengku Ampuan Zahir Takziah

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
a83df411bb16b0288386b98489d1c87b69e4c491bc442

Sebahagian daripada ratusan rumah yang musnah dalam kebakaran di di perkampungan atas air Kampung Bahagia.

Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan dukacita serta simpati kepada mangsa kebakaran Kampung Bahagia di Batu Sapi, Sandakan, Sabah.

Baginda berdua menerusi hantaran di Facebook Kesultanan Pahang hari ini turut mendoakan agar mereka terlibat diberikan kekuatan, ketabahan dan dipermudah segala urusan dalam menghadapi ujian berat itu.

“Baginda berdua amat tersentuh dengan tragedi yang mengakibatkan kemusnahan besar apabila kira-kira 1,000 rumah dilaporkan musnah sekali gus menjejaskan 9,007 penduduk.

“Baginda berdua mendoakan agar semua mangsa sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT dan keadaan kembali pulih seperti sediakala,” menurut hantaran itu.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak terlibat dalam operasi menyelamat dan bantuan kecemasan kejadian itu serta berharap segala usaha pemulihan dapat dilaksanakan segera.

Semalam, media melaporkan kebakaran besar di perkampungan atas air Kampung Bahagia yang berlaku pada awal pagi menyebabkan lebih 9,000 penduduk kehilangan tempat tinggal.

 
Back
Top
Log in Register