BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KDN Sasar Agensi Manfaat AI Dalam Tugas Hakiki - Saifuddin Nasution

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

KDN Sasar Agensi Manfaat AI Dalam Tugas Hakiki - Saifuddin Nasution​

1e853f3d95eb2ed89cf0b353e4d2b2496aa79eff5b4ae

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (tiga kiri) melancarkan Manual Kawalan Keselamatan dan Operasi RELA (MKKOR) dan Strategi Pencegahan Rasuah RELA Malaysia (RACS) semasa hadir ke Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Kompleks Setia Perkasa hari ini.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyasarkan semua agensi di bawahnya memanfaatkan penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam tugas hakiki masing-masing bagi meningkatkan produktiviti, kecekapan dan sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata langkah itu sebahagian daripada pendekatan AI for KDN, KDN for AI yang telah dibangunkan kementerian berkenaan sejak tiga tahun lepas, dengan tahap kesiapsiagaan warga KDN untuk menerima dan menggunakan teknologi berkenaan kini mencapai 75 peratus.

Beliau berkata tempoh tiga tahun dimanfaatkan untuk membantu setiap agensi di bawah KDN menterjemahkan pendekatan berkenaan dalam pelaksanaan tugas hakiki masing-masing seperti Jabatan Pendaftaran, Jabatan Pendaftaranlah Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kepimpinan setiap agensi kemudiannya mesti menggerakkan pendekatan ini dari segi pelaksanaannya bagi memudah dan mempercepat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan KDN di sini hari ini.

Saifuddin Nasution berkata antara contoh penggunaan AI yang boleh diterapkan PDRM ialah dalam penyediaan draf awal kertas siasatan, susulan kira-kira 400,000 laporan polis dibuat rakyat setiap bulan.

Beliau berkata AI boleh digunakan untuk menghasilkan draf awal kertas siasatan sebelum ia disemak dan disahkan pegawai penyiasat (IO) berpangkat Inspektor untuk dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP).

“Penggunaan teknologi AI dalam kertas siasatan bermaksud menghasilkan draf awal kertas siasatan. Tapi sebelum dihantar kepada DPP, IO berpangkat Inspektor ialah pegawai yang bertanggungjawab untuk melakukan verifikasi,” katanya.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata KDN hari ini melancarkan AI Digital Human sebagai satu lagi inisiatif kementerian menggunakan teknologi AI dalam berinteraksi dengan rakyat.

Beliau berkata AI Digital Human itu membolehkan rakyat mengemukakan pertanyaan berkaitan KDN dalam pelbagai bahasa, sekali gus menjadikan urusan dengan kementerian lebih mudah dan mesra pengguna.

 
Back
Top
Log in Register