BTC USD 63,592.8 Gold USD 4,461.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kawan Biasa Atau Rapat

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR 18 Jan. - Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd. Eusoff Chin memberitahu Suruhanjaya Siasatan Diraja hari ini bahawa beliau tidak boleh menghalang peguam Datuk V.K. Lingam daripada menyertainya sepanjang percutian di New Zealand pada 1994.

Mohd. Eusoff, 73, yang bersara pada 20 Disember 2000 disoal bertubi-tubi oleh wakil Badan Peguam Malaysia, Ranjit Singh berhubung percutian bersama isteri, Toh Puan Rosaini Mustaffa dan dua anak mereka, Zubaidah dan Johan yang didakwa disertai oleh Lingam dan keluarganya.

Menjelaskan penyertaan Lingam dan keluarganya dalam percutian dari 22 hingga 30 Disember 1994, Eusoff berkata, beliau bertembung dengan peguam itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura sebelum beliau menaiki penerbangan ke Auckland, New Zealand.

``Saya terserempak dengannya di lapangan terbang dan dia (Lingam) mahu mengikut saya. Itu bukan masalah saya. Saya tak boleh nak halang dia,’’ katanya.

Eusoff berkata, Lingam yang turut bercuti di New Zealand bersama isteri dan dua anak perempuannya juga berkeras mahu menyertai lawatan bekas Ketua Hakim Negara ke sebuah zoo.

Beliau mengakui bahawa mereka menaiki pesawat yang sama sepanjang percutian tersebut malah tinggal di hotel yang sama di Auckland dan bergambar bersama-sama.

``Saya tak ingat berapa banyak gambar yang diambil. Adalah beberapa keping. Mungkin lima atau 10 keping,'' katanya yang menyatakan gambar-gambar itu diambil menggunakan kamera anaknya dan Lingam. - Utusan.

KUALA LUMPUR 18 Jan. - Tun Eusoff Chin yang tampil sebagai saksi ke-11 prosiding siasatan klip video Datuk V.K. Lingam berkata, beliau mengenali peguam itu hanya sebagai kenalan biasa.

Bekas Ketua Hakim Negara itu memberitahu mula mengenali Datuk V.K. Lingam pada 1990 semasa menjadi hakim di mahkamah Kuala Lumpur dan peguam itu hadir mengendalikan kesnya

:-?
 
mcm2 bentuk penafian...
hancur Malaysiaku...
 
Back
Top
Log in Register