BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Trump dakwa kawal penuh Selat Hormuz, tutup rapat hingga perjanjian dicapai

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
3500583.webp

Trump

KUALA LUMPUR - Presiden Donald Trump, pada Khamis mendakwa Amerika Syarikat (AS) telah mengambil alih kawalan penuh ke atas Selat Hormuz, sambil mengisytiharkan tiada kapal boleh melalui laluan perkapalan itu tanpa kelulusan Tentera Laut AS.

Dalam hantaran di Truth Social, Trump berkata, laluan itu ditutup sepenuhnya sehingga Iran mencapai satu perjanjian.

"Ia kini ditutup rapat sepenuhnya sehingga satu perjanjian damai dicapai dengan Iran. Terima kasih," katanya.

Selain itu, Trump mendakwa terdapat perpecahan dalam kepimpinan Iran selain menuduh negara itu sukar membuat keputusan termasuk siapa pemimpin mereka.

Beliau juga mendakwa berlaku perebutan kuasa dalaman yang semakin memuncak dalam kepimpinan negara Islam itu.

Dalam hantaran berasingan, Trump menyatakan beliau telah mengarahkan Tentera Laut AS supaya “menembak dan membunuh” mana-mana kapal, termasuk bot kecil yang disyaki meletakkan periuk api di laluan perairan tersebut.

Trump menegaskan agar tiada sebarang keraguan dalam melaksanakan arahan itu dan berkata operasi memusnahkan periuk api di selat berkenaan sedang dipertingkat kepada tahap tiga kali ganda.

Pada Rabu, rundingan damai yang didakwa berlaku di Islamabad, Pakistan gagal apabila tiada maklum balas daripada pihak Iran untuk hadir.

Malah, beberapa pemimpin Iran kemudiannya, mengeluarkan kenyataan menolak rundingan dengan AS sekali jika mereka masih berada di bawah ancaman negara itu.

Ini susulan Tindakan AS meletakkan kapal Tentera Laut di Selat Hormuz walaupun Iran telah mengumumkan pembukaan. - Awani

 
Back
Top
Log in Register