TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,502
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,502
- Reaction score
- 38,197
- Points
- 2,836
Sekitar 2500 SM, Ebla merupakan satu kerajaan yang meliputi satu kawasan termasuklah ibu kota Syria, Damaskus dan tenggara Turki. Kerajaan ini mencapai kemuncak budaya dan ekonominya, namun sepertimana yang berlaku kepada banyak tamadun lain, ia lenyap dari pentas sejarah.
Rekod-rekod yang tersimpan jelas menyatakan bahawa Kerajaan Ebla merupakan pusat kebudayaan dan komersil utama pada masa tersebut. Masyarakat Ebla memiliki tamadun yang membawa kepada pembangunan arkib-arkib negara, membina perpustakaan dan merekod kontrak-kontrak komersil dalam bentuk bertulis. Sebanyak 1800 koleksi tablet lempung lengkap, 4700 pecahan serta ribuan cebisan kecil yang ditemui di arkib istana kota purba Ebla, Syria. Tablet-tablet ini telah ditemui oleh ahli arkeologi Itali, Paolo Matthiae bersama pasukannya pada tahun 1974–75 di tapak penggalian mereka di Tell Mardikh, tapak kota purba Ebla.
Dalam catatan yang ditemui, kaum Ebla
mempunyai sistem bahasa sendiri, yang dikenali sebagai Eblaite. Kaum Ebla menggunakan dialek Semit yang serupa dengan kaum Kerajaan Mari. Sebelum kedatangan Nabi Ibrahim, kaum Ebla menyembah para dewa dan sebahagian besarnya adalah dewa-dewa yang sama yang disembah oleh orang Kanaan dan orang-orang Semitik lain di kawasan itu.
Adapun dewa asas kaum Ebla adalah Dagan dan disebut dalam teks Eblaite sebagai "Lord of Canaan," "Lord of the country" dan "Lord of the god. Dewa-dewa lain yang disembah oleh kaum Ebla termasuklah Dewa Baal.
Negara Kota Ebla pernah di serang oleh Kerajaan Mari dibawah pimpinan Raja Ansud (Ianupu/Anubu) (2423-2416 SM) di mana Raja Ansud pernah mengalahkan kota-kota bawahan kerajaan Ebla di Aburu, Ilgi dan Belan. Kemudian, ketika zaman pemerintahan Raja Sa'umu (2416-2400 SM) dari Kerajaan Mari, baginda juga pernah mengalahkan kerajaan Ebla di mana baginda telah melancarkan serangan besar-besaran terhadap kaum Ebla yang tertumpu di Lembah Efrat tengah di sebelah timur Emar.
Dalam serangan itu, Raja Sa'umu telah mengalahkan kota Tibalat dan Ilwani. Kemudian, baginda meneruskan serangan dan mengalahkan kota Ra'ak, Nirum, Ashaldu dan Badul. Beberapa tahun kemudian, Raja Kun-Damu (Qum-Damu) (2400 SM) dari Kerajaan Ebla telah menyerang Kerajaan Mari sebagai membalas dendam. Dalam serangan itu, Kerajaan Mari mengalami kekalahan dan bandar Aleppo berada di bawah pemerintahan kaum Ebla sepanjang pemerintahan baginda.
Ketika kerajaan kota Ebla mengalami zaman kelemahan, Raja Ishtup-Ishar dari Kerajaan Mari telah melancarkan serangan dan menghancurkan beberapa kota Kerajaan Ebla seperti Lalanium dan Emar. Pemerintah Ebla ketika itu terpaksa tunduk dibawah kekuasaan Kerajaan Mari.
Kerajaan kota Ebla sekali lagi tunduk kepada Kerajaan Mari dibawah pimpinan Raja Iblul-Il di mana Raja Igrish-Halam dari Kerajaan Ebla tewas dan menyerah kalah selepas mengalami kekalahan dalam peperangan di Sahiri. Setiap tahun, Raja Igrish-Halam menghantar ufti kepada Kerajaan Mari. Beberapa tahun kemudian, Raja Igrish-Halam mangkat dan tampuk pemerintahan disandang oleh puteranya yang bernama Raja Irkab-Damu.
Raja Irkab-Damu merupakan raja Kerajaan Ebla yang kuat dan tersohor ketika itu. Baginda mempunyai seorang isteri bernama Dusigu. Di dalam kerajaannya, baginda telah melantik beberapa orang pembesar dan panglima yang berkebolehan. Antaranya, baginda telah melantik seorang Wazir yang berkebolehan bernama Arrukum dan seorang ketua panglima perang bernama Ibrium.Walaupun begitu, sebelum baginda melepaskan kerajaannya dari cengkaman Kerajaan Mari, banyak negara sekutu Kerajaan Ebla dikalahkan oleh Kerajaan Mari.
Salah satu sekutu kaum Ebla ialah kota Nagar. Serangan ke atas kota Nagar berlaku pada tahun ke-7 perlantikan Ibriun sebagai ketua panglima perang. Kekalahan Nagar menyebabkan penyumbatan laluan perdagangan antara Ebla dan Mesopotamia Selatan melalui Mesopotamia Atas.
Raja Irkab-Damu telah melakukan serangan dan merampas Nagar dari Kerajaan Mari. Baginda juga telah melancarkan serangan ke atas Kerajaan Mari di mana Kerajaan Mari ketika itu diperintah oleh Raja Enna-Dagan. Dalam serangan itu, Raja Enna-Dagan mengalami kekalahan dan dari peristiwa itu, Kerajaan kota Ebla keluar dari jajahan Kerajaan Mari.
Beberapa tahun kemudian, ketua panglima perang Ibrium telah melancarkan serangan ke atas kota Abarsal dan beliau dapat menguasainya. Dua tahun sebelum kemangkatan Raja Irkab-Damu, Wazir Arrukum meninggal dunia dan ketua panglima perang Ibrium pun dilantik menjadi Wazir menggantikannya.
Dua tahun kemudian, Raja Irkab-Damu pun mangkat lalu Wazir Ibrium pun mengangkat putera Raja Irkab-Damu yang bernama Isar-Damu menjadi raja Kerajaan Ebla. Ketika Raja Isar-Damu memerintah, baginda telah berkahwin dengan seorang puteri bernama Puteri Tabur-Damu dan hasil perkongsian hidup dengan isterinya, baginda mendapat seorang putera bernama Ir'ak-Damu dan seorang puteri bernama Puteri Tagris-Damu.
Wazir Ibrium telah melancarkan serangan melawan tentera Armi pada tahun ke-9 perlantikannya. Pertempuran ini berlaku dekat sebuah kota bernama Batin (yang mungkin terletak di timur laut Aleppo). Pada tahun yang sama, seorang Rasul Allah bernama Nabi Ibrahim dan ahli keluarganya tiba di pusat pentadbiran Ebla. Di dalam kota ini, Nabi Ibrahim menyampaikan wahyu Allah dan menurut catatan di kepingan Ebla, sebahagian kaum Ebla termasuk pemerintah kerajaan beriman dengan risalah Nabi Ibrahim.
Beberapa tahun kemudian, sebuah perjanjian telah dibuat dan hubungan itu berkembang dengan berlakunya perkahwinan dinasti antara puteri Raja Isar-Damu yang bernama Puteri Tagrish-Damu dengan putera Raja Ultum-Huhu dari Kota Nagar. Pada tahun ke-18 pemerintahan Raja Isar-Damu, Wazir Ibrium meninggal dunia setelah menyandang jawatan wazir selama 20 tahun dan jawatan wazir disandang oleh anaknya yang bernama Ibbi-Sipish.
Setelah Kerajaan Ebla mempunyai wazir baru, Raja Isar-Damu telah membuat persekutuan dengan raja kota Nagar dan raja Kish untuk menentang Kerajaan Mari. Kempen ketenteraan menentang Kerajaan Mari diketuai oleh Wazir Ibbi-Sipish. Wazir Ibbi-Sipish memimpin pasukan gabungan ke medan pertempuran yang berlaku di Terqa. Kemudian tentera gabungan menyerang pula kota Ebmiite, milik kaum Armi.
Wazir Ibbi-Sipish juga telah melakukan serangan ke atas kota Bagara dan Armi pada tahun ketiga perlantikannya. Anaknya yang bernama Enzi-Malik tinggal di Armi. Menurut catatan, Raja Isar-Damu memerintah selama 35 tahun dan setelah baginda mangkat, puteranya yang bernama Raja Ir'ak-Damu menjadi penguasa Ebla. Sebagai penguasa, Raja Ir'ak-Damu telah berkahwin dengan anak gadis Wazir Ibbi-Sipish yang bernama Za'ase.
Selepas kemangkatan Raja Ir'ak-Damu, Ibbit-Lim (1950 SM), putra Igrish-Kheb dari kaum Amorite menaiki takhta dan mengasas dinasti ketiga di Ebla. Pada ketika ini, kaum Ebla kembali menyembah berhala atas perintah Raja Ibbit-Lim. Baginda memerintah rakyatnya supaya menyembah Dewi Ishtar di mana baginda mendakwa bahawa patung itu dibuat "lapan tahun setelah penampakan Ishtar di Ebla". Kemudian, sebagai salah satu penguasa terawal dinasti ketiga, Raja Ibbit-Lim memerintahkan agar dibina tembok di sekeliling kota.
Adapun raja terakhir Kerajaan Ebla dari dinasti ketiga bernama Raja Indilimma (1600 SM).Dalam zamannya, kaum Ebla menyembah berhala bernama Yamhadite. Kerajaan Ebla musnah dan hilang dalam sejarah pada zaman pemerintahan Raja Indilimma. Adapun Maratewari merupakan anak kepada Raja Indilimma yang sepatutnya menaiki takhta tetapi ia telah dihalang oleh Raja Mursilish I dari Kerajaan Hittites.
#MAMR
Kelab Pencinta Sejarah & Trivia Dunia | SIRI PARA KAUM: KAUM EBLAITE (EBLA) DAN NABI IBRAHIM | Facebook
SIRI PARA KAUM: KAUM EBLAITE (EBLA) DAN NABI IBRAHIM Sekitar 2500 SM, Ebla merupakan satu kerajaan yang meliputi satu kawasan termasuklah ibu kota Syria, Damaskus dan tenggara Turki. Kerajaan ini...