BTC USD 63,592.8 Gold USD 4,461.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Katak Buat Teman...

ipp

Active+ Member
Messages
4,916
Joined
Jan 28, 2010
Messages
4,916
Reaction score
60
Points
30
Terlebih dahulu rujuk law kat atas..

Lawak/Jenaka yang tidak dibenarkan :-
- Lawak berunsur lucah
- Lawak berunsur politik

Kalau terlanggar, mintak maaf ye mod...

Cerita ni aku tak tau la astrok ke tidak.
Tapi aku baru je dengar dari radio singapore...
Kisahnya...

Suatu hari seorang blonde pergi ke pet shop dgn gaya gediknya.
Promoter kedai tu tunjuk beberapa haiwan termasuk seekor katak yg special.
Istimewanya katak tu sebab boleh dibuat teman tidur.
Maka excited la si blonde tu...

Maka dibelilah oleh perempuan berambut perang tersebut akan katak itu.
Promoter itu sempat berpesan,
"kena ikut arahan. Kalau tak ikut, tak jadi. Arahan penggunaan ada kat dalam kotak.."

Lalu dgn gaya semakin gedik, si perempuan berambut perang itu pun pulang ke rumah dan tak sabar2 nak test power katak tersebut.

Sampai di rumah, dia pun buka kotak dan keluarkan kertas arahan penggunaan.
Arahannya ringkas sahaja.

1. Pengguna mesti mandi
2. Pakai pakaian paling seksi
3. Pakai harum-haruman
4. Baring atas katil
5. Letak katak itu di sisi dan katak itu akan bertindak sendiri.

Maka, kakak rambut perang itu pun menuruti segala arahan.
Sampailah ke arahan kemuncaknya, dia pun keluarkan katak dari kotak dan letak di sisinya.

Malangnya, katak tu tak buat apa2 pun...
Beberapa minit berlalu masih begitu.
Jadi kakak rambut perang tu pun refer balik kat instruction.
Semua arahan dia dah ikut.

Di bahagian bawah arahan tu ada tercatat,
"Jika ada masalah, sila hubungi promoter di talian 012-3456789"

Dgn segera, kakak rambut perang tu pun call.

Seketika kemudian, promoter tadi sampai dan bertanyakan masalah yg dihadapi.
Kakak rambut perang itu pun bercerita sambil membawa si promoter masuk ke biliknya utk melihat katak tersebut.

Promoter tu pun pegang katak tersebut dan membelek-beleknya.

"Mungkin ada masalah sikit. Cik baring dulu atas katil..." kata Promoter tu

Kakak rambut perang ikut saja. Promoter tu pun turut duduk di atas katil sambil memegang katak dgn menghadapkan muka katak tepat ke mukanya.

Lalu dia berkata dgn tegas kpd katak tersebut,
"aku tunjuk sekali je lagi. Tengok dan belajar!!!"

Kemudian dia letak katak tu atas meja solek, menghadap ke arah katil...
 
adoi...bijak gk trick die hehe
 
Bukan setakat free, siap dapat duit harga katak..
 
Kesian perempuan blonde. Selalu jadi mangsa bad joke.
 
Back
Top
Log in Register