"Jangan memandang rendah dan remeh orang lain hanya kerana tak lebih pintar, tak lebih kaya, tak lebih beruntung dan tak mempunyai pangkat sepertimu. Kadangkala di mata Allah SWT, batu bara yang terlihat legam, terlihat lebih berkilau dibanding dengan permata yang mahal harganya".
"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan.Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang.Jaminan yang kekal abadi hanya dapat di temui apabila kita kembali semula kepada Ilahi".
"Demi masa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta nasihat menasihati di atas kebenaran dan kesabaran". ( surah Al-Asr Ayat : 1-3 )