Luqmanul Hakim
CG Top Poster Club

- Messages
- 23,318
- Joined
- Mar 17, 2010
- Messages
- 23,318
- Reaction score
- 4,848
- Points
- 196
Kasino ladang
KUALA KUBU BHARU: Selepas berselindung di sebalik kolam udang dan rumah burung walit, sindiket judi mesin slot kini dikesan turut memancing kaki judi di kalangan warga asing terutama mereka yang bekerja dalam sektor perladangan.
Tindakan itu nyata menjadi kerana premis terlindung di kawasan ladang dekat Kalumpang, dekat sini, tidak pernah diserbu pihak berkuasa sejak ia beroperasi beberapa tahun lalu menyebabkan ia menjadi lokasi perjudian paling selamat di kalangan warga asing dan warga tempatan.
Aktiviti perjudian ini didedahkan kepada Metro Ahad melalui seorang penduduk mahu dikenali sebagai, Razif, 38, yang mendakwa warga tempatan sudah naik muak dan berang dengan aktiviti haram itu yang makin menjadi-jadi. Menurutnya, anak muda di kawasan itu banyak menghabiskan masa dan wang di pusat perjudian berkenaan, malah kawasan itu sering menjadi tempat warga asing berkumpul terutama pada Sabtu.
“Biasanya apabila mereka berkumpul, mulalah menunjuk lagak menyebabkan penduduk tempatan seperti berada di negara asing kerana dimarahi jika menegur perbuatan mereka.
“Ramai penduduk tidak senang dengan kewujudan pusat judi berkenaan, namun tiada tindakan daripada pihak berkuasa walaupun kami sudah membuat aduan,” katanya. Berdasarkan maklumat diterima, wartawan Metro Ahad mengunjungi pusat perjudian itu dan tinjauan mendapati kedai berkenaan beroperasi di kawasan tersorok antara ladang kelapa sawit dan rimbunan kebun pisang di deretan rumah teres.
Keadaan itu dipercayai menjadi punca ia sukar dikesan pihak berkuasa. Selain dipenuhi mesin slot, ia turut menempatkan kediaman, warung dan tiga meja snuker.
Sekali imbas, deretan rumah tiga blok berkenaan kelihatan tidak mendatangkan syak kepada orang ramai meskipun ramai yang melepak di situ.
Bagaimanapun, di bahagian belakang warung itu terdapat meja snuker dan sebuah bilik menempatkan komputer permainan judi.
Bilik judi terbabit dijaga seorang wanita Indonesia yang mendakwa menerima gaji RM300 sebulan untuk menguruskan tempat terbabit. “Kalau saya bekerja di ladang gajinya lagi besar tapi belanjanya juga besar kerana perlu bayar sewa rumah dan bil lain tapi di sini tidak perlu bayar sewa, malah kerap menerima tip daripada pengunjung,” katanya.
Wanita berkenaan juga mengakui pusat judi itu dipenuhi pengunjung setiap hujung minggu, lebih-lebih lagi hujung bulan selepas pekerja ladang menerima gaji bulanan. “Ada juga orang luar yang datang bermain mesin (komputer) di sini. “Tempat ini selamat dan jauh serta tak pernah ada serbuan,” katanya. Menurutnya, pendapatan hasil perjudian di situ juga tidaklah terlalu besar kerana ia hanya membabitkan kira-kira RM1,000 pada hari biasa tetapi pernah satu ketika ada pengunjung memperoleh kemenangan RM12,000 menyebabkan dia terpaksa memanggil tauke membuat bayaran.
sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kasinoladang/Article/artikelMA