combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,182
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,182
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Karnival MSN Zon Selatan Pertingkat Kefahaman Masyarakat Mengenai Teknologi Nuklear
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Chang Lih Kang menyempurnakan majlis Peluncuran Karnival Minggu Sains Negara (MSN) 2026 Zon Selatan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), hari ini.
Meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai tenologi nuklear merupakan antara fokus utama Karnival Minggu Sains Negara (MSN) 2026 Zon Selatan yang berlangsung selama dua hari bermula semalam.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Chang Lih Kang berkata ketika ini kebanyakan masyarakat mempunyai persepsi negatif terhadap teknologi nuklear dengan hanya mengaitkannya dengan pembuatan senjata seperti bom nuklear semata-mata.
"Bertemakan Nuklear Untuk Rakyat, Program Advokasi Nuklear yang diketengahkan pada kali ini, ia merupakan satu inisiatif penting bagi meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap teknologi nuklear berasaskan fakta saintifik.
"Teknologi nuklear ada banyak kegunaan termasuk dalam sektor kesihatan, sektor pertanian, tenaga dan lain-lain... semua orang ingat nuklear itu bom sedangkan ia sangat berguna untuk kehidupan seharian kita," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Karnival MSN 2026 Zon Selatan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di sini, yang turut dihadiri Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan.
Chang berkata Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) juga akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk menyebarluaskan maklumat berkaitan teknologi nuklear di peringkat sekolah rendah dan menengah bagi meningkatkan lagi kefahaman murid serta pelajar berkaitan teknologi berkenaan.
"Kita nak bawa pengetahuan dan ilmu sains, teknologi, dan inovasi ini ke semua lapisan masyarakat termasuk di luar bandar," katanya.
Terdahulu, Karnival Minggu Sains Negara itu dihadiri lebih 6,000 penyertaan membabitkan pelajar dan murid daripada lebih 50 sekolah di Zon Selatan melibatkan Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.
Sementara itu, MOSTI memaklumkan Karnival MSN 2026 Zon Selatan dianjurkan dengan kerjasama UTeM, Pusat Sains Negara (PSN), Planetarium Negara dan Kerajaan Negeri Melaka.