BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Karnival JMU 2026 Zon Selatan Di Persada Johor Sasar Lebih 35,000 Pengunjung

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,158
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,158
Reaction score
346
Points
141
eefbce534250e0644e0d18330a73060369e3461a7eecb

Kredit: UTM

Karnival Jom Masuk Universiti (JMU) 2026 Zon Selatan menyasarkan kehadiran lebih 35,000 pengunjung sepanjang dua hari penganjurannya bermula hari ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, di sini.

Program anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang merupakan sebahagian daripada siri jelajah JMU di 10 zon utama seluruh negara dari Januari hingga April tahun ini, melibatkan penyertaan universiti awam dan swasta, politeknik, kolej komuniti serta institusi latihan kemahiran awam (ILKA).

JMU Zon Selatan yang meliputi Johor, Melaka dan Negeri Sembilan dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebagai penganjur akan memperkukuh peranannya dalam pembangunan pendidikan tinggi khususnya dalam bidang sains, kejuruteraan dan teknologi.

Menerusi kenyataan hari ini, UTM memaklumkan karnival berkenaan menyasarkan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan setaraf, ibu bapa serta masyarakat umum, dengan pengisian meliputi pameran pendidikan, kaunter konsultasi pengambilan pelajar serta sesi perkongsian kerjaya.

Karnival itu menyediakan platform sehenti bagi maklumat pendidikan tinggi serta membantu pelajar membuat keputusan pengajian yang lebih tepat, selaras aspirasi Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) untuk memastikan akses pendidikan yang inklusif dan menyeluruh kepada semua lapisan masyarakat.

Pelbagai pendekatan interaktif turut diperkenalkan sepanjang penganjuran termasuk UTM Showcase: Campus Experience, bual bicara, Student Voices Live, Booth Spotlight Tour, ceramah motivasi, audio siar, cabutan bertuah serta program Pasport JMU yang menggalakkan penyertaan aktif pengunjung.

Karnival turut dimeriahkan dengan penyertaan 20 trak makanan yang menjadikan suasana lebih santai dan mesra pengunjung.

JMU Zon Selatan dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Prof Dr Zainal Amin Ayub dan dihadiri Naib Canselor UTM Prof Dr Mohd Shafry Mohd Rahim hari ini.

Mohd Shafry dalam kenyataan sama berkata institusi pendidikan tinggi perlu memainkan peranan penting dalam melahirkan graduan yang bukan sahaja berilmu, tetapi juga adaptif, inovatif dan berdaya tahan.

 
Back
Top
Log in Register