BTC USD 81,765.0 Gold USD 4,012.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Others Karipap kalahkan croissant, kunafa

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,744
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,744
Reaction score
1,682
Points
201
10997.jpeg

PETALING JAYA – Kuih kegemaran rakyat Malaysia iaitu karipap diumumkan sebagai hidangan pastri ke-tiga terbaik di dunia.

Makanan tersebut dipilih sebagai hidangan pastri terbaik daripada 100 pastri di seluruh dunia menerusi laman web TasteAtlas, yang berpangkalan di Sofia, Bulgaria.

Berdasarkan carta TasteAtlas, kuih karipap yang diisi dengan kari ayam dan kentang sebelum digoreng itu setanding dengan dua hidangan pastri dari Portugal serta Greece yang menerima skor tertinggi iaitu 4.7 daripada 5.

Kuih tersebut juga dilihat berjaya mengalahkan pastri terkemuka iaitu Croissant dari Perancis, Kunafa dari Mesir serta Baklava dari Turkiye.

Menurut Atlas, makanan tersebut dipercayai berasal dari Malaysia, Bornea dan Sumatera dan merupakan hidangan ‘popular’ untuk sarapan pagi atau snek petang.

Rangup di bahagian luar dan panas serta lembut di bahagian dalam, karipap kekal menjadi salah satu makanan kegemaran ramai di Asia Tenggara.

Untuk rekod, laman TasteAtlas sering mengumpulkan resipi asli, ulasan pengkritik makanan dan artikel penyelidikan tentang bahan dan hidangan popular dari serata dunia. – KOSMO! ONLINE.
 
terbaik ayah2 makcik2 org dulu yg buat karipap nie
 
Makin lakulah karipap oksigen lps ni.. blh la naik harga lg..
 
Karipap pertandingan tak sama spec dengan yang dijual tepi jalan ek, siap ada kari ayam, kentang bagai..
Kalau yang tepi jalan inti dalam penuh dengan oksigen.
 
karipap la sedap, ada inti bagai dlm tu mcm daging, ayam kentang, dan segala benda sayur boleh bubuh dlm tu

crossant pulak kosong je kat dlm, kalau nak, boleh sendiri bubuh tuna ke, slices ke campur dengan salad. tapi satu kerja lah nak mencari tuna dan segala benda tu
rega pun dah bertambah dari yg a little bit pricey crossant kosong

kunafa saya belum try lagi

walau apa pun kudos tu karipap, my all time feveret
 
karipap inti daging/ayam kentang+telur rebus fuhh...
tp jarang doh nok jupo inti +telur rebus nih.... sebab telur mahal kot skrg.
 
karipap inti daging/ayam kentang+telur rebus fuhh...
tp jarang doh nok jupo inti +telur rebus nih.... sebab telur mahal kot skrg.
mmg sedap sangat ni tn jaih (y)
saya mmg suka

kat tpt saya mmg ada jual, dlm rm6
tapi mmg besar, roughly sebesar telapak tangan

tapi tulah, jarang dah bukak gerai dia sekarang
 
karipap la sedap, ada inti bagai dlm tu mcm daging, ayam kentang, dan segala benda sayur boleh bubuh dlm tu

crossant pulak kosong je kat dlm, kalau nak, boleh sendiri bubuh tuna ke, slices ke campur dengan salad. tapi satu kerja lah nak mencari tuna dan segala benda tu
rega pun dah bertambah dari yg a little bit pricey crossant kosong

kunafa saya belum try lagi

walau apa pun kudos tu karipap, my all time feveret
dulu² kalau pegi tg karang selalu jumpa karipap kingkong jual tepi jalan .. dan selalu gak beli ..
 
Back
Top
Log in Register