BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kanak-kanak Lelaki Maut, Ibu Cedera Parah Akibat Kemalangan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,151
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,151
Reaction score
346
Points
141
1186a437d4fb54da614d53d4814ac21069eb7ee0ac84d

Sumber: Orang Awam

Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut manakala ibunya cedera parah selepas motosikal mereka terbabas dan melanggar tembok batu di Jalan Song Ban Kheng, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah SAC Helmi Aris berkata pihaknya menerima maklumat kemalangan pada 7.45 pagi.

“Kanak-kanak tersebut meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Bukit Mertajam akibat kecederaan di kepala. Wanita tempatan berusia 30 tahun itu juga mengalami kecederaan pada kepala.

“Seorang kanak-kanak perempuan tujuh tahun mengalami kecederaan ringan dan dirawat di hospital sama manakala kanak-kanak perempuan lima tahun tidak cedera,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Wanita itu difahamkan dalam perjalanan untuk menghantar dua anaknya ke sekolah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 
Back
Top
Log in Register