BTC USD 76,511.4 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kanak-kanak Hanyut: Operasi SAR Diperluas Ke Sistem Pembentungan

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146
38b816bdc3744a658cc642d72fcf3e2b69f56f8a95500

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang dikhuatiri lemas, selepas dihanyutkan arus deras di Bandar Mahkota Cheras semalam, diteruskan hari ini dengan fokus pencarian diperluas hingga ke sistem pembentungan bawah tanah.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata operasi yang bermula 8 pagi itu, melibatkan pencarian dalam radius kira-kira lima kilometer.

“Satu pasukan bergerak dari perangkap sampah berpatah kembali ke sini, manakala pasukan PPDA (Pasukan Penyelamat Di Air) akan menyusuri pembentungan yang ada dari tempat mangsa jatuh dan kita akan meranduk masuk ke dalam pembentung sejauh hampir 300 meter menghala ke Sungai Long,” katanya kepada media di lokasi kejadian di sini, hari ini.

Beliau berkata antara cabaran utama dalam operasi kali ini ialah pemeriksaan pembentung bawah tanah yang mempunyai kedalaman sehingga 50 kaki dengan diameter kira-kira dua meter.

Bagi melancarkan operasi, pasukan SAR turut menggunakan peralatan khas iaitu kamera bertiang milik Indah Water Konsortium (IWK), bagi memantau ruang sempit di dalam sistem pembentungan berkenaan.

Ahmad Mukhlis berkata selain IWK, operasi turut mendapat kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Mengulas kejadian petang semalam, mangsa dikatakan sedang bermain bola bersama tiga rakannya di kawasan pangsapuri, sebelum bola terjatuh ke dalam longkang dan mangsa cuba mengambilnya.

“Kami dimaklumkan rakan mangsa sempat memegang tangan mangsa, namun begitu arus kuat menyebabkannya terlepas,” katanya.

Dalam kejadian sekitar 7.08 malam itu, bomba menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan di Kondominium Sri Hijau, Bandar Mahkota Cheras.

Back
Top
Log in Register