BTC USD 76,704.6 Gold USD 4,373.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Program Advokasi Perlindungan Kanak-kanak Diperluas Ke 566 Sekolah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,190
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,190
Reaction score
346
Points
141
617679291bfb26cd45625cb83f2ee31a693d41cbb4451

b7638805a7d12d6a5dddecb0ab78b8c1693d41d5413ec

Foto: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: KASIH Kanak-Kanak anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sejak Mei lepas berjaya dilaksanakan di 566 sekolah seluruh negara, melebihi sasaran awal sebanyak 188 peratus.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan inisiatif advokasi keselamatan dan perlindungan kanak-kanak itu turut diperluas ke 47 Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK), melebihi 157 peratus daripada sasaran asal.

Hal itu sekali gus membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan perlindungan menyeluruh terhadap setiap kanak-kanak di negara ini.

“Program ini antara inisiatif dalam menggerakkan seluruh lapisan masyarakat termasuk ibu bapa dan komuniti setempat untuk memastikan kebajikan, keselamatan dan perkembangan kanak-kanak terpelihara sepenuhnya selaras dengan Akta Kanak-Kanak 2001.

“Hal itu selaras dengan usaha kerajaan dalam mencegah sebarang bentuk penderaan fizikal, emosi, seksual, pengabaian dan eksploitasi selain bertujuan memastikan suara kanak-kanak didengari, hak mereka dihormati dan kesejahteraan mereka dijamin,” menurut JKM dalam kenyataan hari ini.

Menurut JKM, ia ditambah lagi dalam era digital ketika kini, apabila kanak-kanak semakin terdedah dengan risiko penderaan dalam talian, buli siber dan eksploitasi digital yang memerlukan kerjasama masyarakat melaporkan sebarang kes melalui Talian Kasih 15999, Whatsapp 019-2615999, atau aplikasi Mobile Talian Kasih bagi tindakan segera.

Pada masa sama, program yang dilaksanakan menerusi JKM itu turut mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai “Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak Terbesar” dengan  penyertaan 128,148 kanak-kanak di seluruh negara.

Program itu berakhir hari ini di daerah Manjung, Perak, sekali gus menandakan penutup siri program avokasi itu yang telah dilaksanakan di seluruh negara.

JKM dalam kenyataan itu turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan strategik yang menyokong program terbabit termasuk Polis Diraja Malaysia, Pejabat Pendidikan dan Kesihatan Daerah Manjung, Majlis Perbandaran Manjung, Jalinan Ihsan Warga Astar (JIWA) Universiti Malaya serta Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak (PPKK) Daerah Manjung.

 
Back
Top
Log in Register