BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Kanak-kanak dipukul, dibaling kerusi - bapa saudara ditahan

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201
Kanak-kanak dipukul, dibaling kerusi - bapa saudara ditahan


Petaling Jaya: Polis menahan seorang lelaki berusia 38 tahun susulan kes video tular memaparkan kanak-kanak dipukul menggunakan rotan dan dibaling dengan kerusi di sebuah rumah, di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 1.21 petang semalam daripada seorang warga tempatan.

"Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku di sebuah rumah di Petaling Jaya dan suspek adalah bapa saudara kepada mangsa.

"Kejadian dipercayai berpunca apabila mangsa yang berusia antara lapan hingga 11 tahun bertindak melawan ibu kepada suspek," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurutnya, turut tular di media sosial satu rakaman video berdurasi 35 saat yang memaparkan kanak-kanak terbabit dipukul menggunakan rotan serta dibaling dengan kerusi.

Beliau berkata, susulan maklumat diperoleh, polis menahan suspek dan merampas beberapa barangan berkaitan untuk membantu siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan permohonan reman terhadap suspek akan dibuat di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini,"katanya.

Katanya, sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat tidak tepat berkaitan kes berkenaan di media sosial.

"Saksi yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222 atau pegawai penyiasat, Inspektor Irfan Emir Mohd Alwi di talian 016-5379507," katanya.


Artikel : Harian Metro

 
e18f465c7000b03e2b03a8be0e10611c68b7e756cac34


Polis menahan seorang lelaki berusia 38 tahun kerana memukul seorang kanak-kanak menggunakan rotan di Petaling Jaya semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shamsudin Mamat berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 1.21 petang semalam.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian yang berlaku di sebuah rumah di daerah berkenaan berpunca apabila mangsa, yang berusia antara lapan hingga 11 tahun bertindak melawan ibunya.

“Rakaman video kejadian berkenaan yang tular memaparkan kanak-kanak itu dipukul menggunakan rotan serta dibaling dengan kerusi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shamsudin berkata suspek yang juga bapa saudara mangsa telah ditahan dan beberapa barangan yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu turut dirampas. Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan suspek direman sehingga esok.

 
Kalau tengok video video yang diupload sebelum ini ada tunjukkan betapa biadapnya budak tu pada nenek bila tak diberi hp. Siap acu pisau lagi, tak tau la ada autism ke mental disorder ke. Yang pukul bapa saudara dia sbb geram sgt dengan perangai budak tu. Mmg ptut diajar macam tu.
 
family kalau dah berlapis lapis duduk satu rumah mmg akan jadi masalah...

mak bapak budak ni mana? cerai? nenek kena jaga ?
Tue la lani orang

Terbaik la jangan duk ramai ramai sekali

Makan hati woo

Kalau mulut pun macam longkang musibat syaitonirrojim

Kepala pun leh shot
 
Back
Top
Log in Register