BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Kanak-kanak Cedera Dipukul Lelaki OKU di PPR Perling

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201


Kanak-kanak Cedera Dipukul Lelaki OKU di PPR Perling



Setakat ini, tiada maklumat lanjut berhubung motif kejadian atau keadaan semasa mangsa.
Kes masih dalam siasatan.

Artikel info semasa

14029686091893189-310311.jpg

14029686091893189-310312.jpg

14029686091893189-310313.jpg

14029686091893189-310314.jpg
 
461fce539074e387efe88ce8561f420b6771310eeca84


Seorang lelaki tempatan ditahan kerana disyaki mencederakan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, Sabtu lepas sehingga mengalami pendarahan di kepala.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Balveer Singh Mahindar Singh berkata polis telah mengesan rakaman video yang dimuat naik di laman Facebook, memaparkan seorang kanak-kanak perempuan yang didapati cedera di kepalanya.

Beliau berkata pada 5.19 petang Sabtu, pihaknya telah menerima laporan daripada orang awam menyatakan anaknya itu telah diserang oleh lelaki yang berusia 39 tahun dengan menggunakan tukul besi.

“Bertindak atas maklumat kejadian yang berlaku di kawasan Flat Ungku Tun Aminah itu, suspek telah ditahan pada 7.25 malam hari yang sama, di kediamanannya di sekitar Johor Bahru.

“Mangsa (kanak-kanak perempuan) telah dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil namun mengalami kecederaan koyak di bahagian kepala serta bengkak pada tangan kanannya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Hasil semakan mendapati suspek memiliki pelbagai rekod kesalahan lampau jenayah dan dadah, selain positif syabu.

Suspek dibawa ke Mahkamah Johor Bahru dan direman tujuh hari sehingga 2 Ogos. Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan dengan jalan menggunakan apa-apa alat.

Terdahulu, tular rakaman berkenaan melalui CCTV dengan berdurasi 2 minit 20 saat yang memaparkan kanak-kanak itu bersama rakannya bermain di bahagian bawah sebuah rumah pangsa, sebelum dia meraung kesakitan dengan kepalanya berlumuran darah.

 
Back
Top
Log in Register