BTC USD 62,043.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kampung VS Bandar VS Taman

2009

Fun Poster
Messages
337
Joined
Jan 23, 2009
Messages
337
Reaction score
49
Points
20
Salam..saya ingin membicarakan penempatan yang menjadi pilihan atau lebih tepat lagi adalah kawasan yang bakal anda buat rumah, beli rumah atau nak tinggal buat selamanya hingga akhir hayat.

Disini saya nak olahkan dari 3 lokasi penempatan yang menjadi pilhan anda iaitu Kampung, Bandar atau Taman Perumahan.

Yang saya maksudkan Taman Perumahan adalah sesuatu kawasan penempatan yang didirikan mungkin di sekitar yang terpencil dan jauh dari kesibukan kota dan amat berbeza dengan di Bandar yang penuh dengan hiruk pikuk dan bising dari pelbagai jenis kenderaan.

Jika tinggal di kampung mungkin ada yang seronok dan ada yang tidak coz suasana kampung atau "Urban" ni mempunyai nilai dan cara kehidupan yang amat berbeza mentelah lagi jika kampung ni terletak di kawasan pendalaman atau hulu..suasana masyarakat kampung cukup berbeza kerana mereka masih tebal dengan kemasyarakatan dan perbezaan pendapat serta berpuak puak.

Masyarakat kampung masih menerapkan lagi unsur-unsur bergotong royong dan pulau memulau ...maksud saya jika tidak sehaluan dengan ketua atau ahli jemaah masjid ..sudah pastinya anda akan di pulaukan kerana rata-rata jemaah hanya mengikut kata ketua mereka tanpa banyak berfikir panjang..kerana saya mempunyai bukti kukuh terjadinya perkara ini..walaupun dalam Islam hukum tidak bertegur sapa selama 3 hari adalah berdosa namun disebabkan rasa ego walaupun seseorang itu amat di kagumi ilmu agama yang mendalam namun disebabkan tidak bersetuju dengan sesuatu perkara maka ayat " PULAU " di gunakan...itulah hakikatnya kehidupan masyarakat kampung di Permatang Pauh, Pulau Pinang...Jika kenduri kendara anda tidak akan dijemput...sepatutnya jika seseorang itu mempunyai ilmu agama yang tinggi ...tidak perlulah pulau memulau...tegur aje la ...tak salah dan tak rugi pun...tambahan plak sekarang ni dengan ideologi politik yang berbeza..maka antara sesama jiran pun tak bertegur sapa...

Jika anda tinggal di kawasan Taman Perumahan yang berlokasi di kawsan yang jauh dari Bandar..aspek aspek kerohanian masih lagi diterapkan walaupun jarang bertemu namun permuafakatan masih utuh tanpa pulau memulau...

Bagi kawasan perumahan yang betul-betul berada di bandar bandar besar..sure dan saya pasti..masing masing hanya sekadar melaksanakan urusan hal diri dan jiran terdekat namun ada juga yang tak bertegur sapa dengan jiran-jiran....jadi terpulang pada target kita..dimana kita nak buat lokasi penempatan untuk menghabiskan sisa sisa hidup kita..

Bagi saya pilihan saya adalah kawasan perumahan pinggir bandar...:)cgrock
 
paling best duk kt kg tp lokasi tmpt aku kerja srkg agak tidak mengizinkan.. so carilah tmn2 perumahan yg paling sesuai..
 
Back
Top
Log in Register