BTC USD 76,316.9 Gold USD 4,300.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kalah ‘Tok Adi’, lelaki gali kubur selama 73 tahun

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
penggali-kubur.jpg

McCloskey memulakan kerjaya sebagai penggali kubur pada 1952. - Guinness World Records

INDIANAPOLIS – Seorang penggali kubur di negeri Indiana bersara selepas memecahkan rekod dunia berkhidmat selama 73 tahun dan 75 hari, lapor agensi berita United Press International.

Allen McCloskey, 92, memulakan kerjaya  sebagai penggali kubur di Tanah Perkuburan Galveston, bandar Galveston apabila diminta menggantikan syif penggali kubur tempatan selama seminggu pada tahun 1952.

Kerja sementara bermula dengan dia menggali kubur menggunakan tangan itu bertukar menjadi kerjaya tetap.

Pada 2021, McCloskey diiktiraf Guinness World Records untuk kerjaya paling  sebagai penggali kubur, dengan catatan rekod 68 tahun dan 191 hari ketika itu.

Anak lelaki McCloskey, Dean  mengesahkan bapanya bersara pada November 2025 selepas melanjutkan rekod kepada 73 tahun dan 75 hari.

“Dia merancang untuk menggali selama beberapa minggu lagi tetapi selepas tidak sihat seketika, kami percaya dia menerima keputusannya, baik dari segi mental mahupun fizikal,” kata Dean McCloskey di laman Facebook. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register