BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki pakai baju raya sama selama 10 tahun

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
geli-baju-raya.jpeg

Akhsan memakai baju raya yang sama selama 10 tahun pada setiap perayaan Hari Raya Aidilfitri. - Instagram

JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia mengundang perhatian pengguna media sosial kerana memakai pakaian sama selama 10 tahun setiap kali perayaan Aidilfitri, lapor portal berita Wolipop.

Lelaki tersebut bernama Akhsan Nurkholish.

Imej dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @akhsannurkholish menunjukkan Akhsan mengenakan kurta berwarna putih yang sama sejak 2016 hingga tahun ini.

Menurut Akhsan, keupayaan untuk memastikan pakaiannya kekal boleh dipakai selama sedekad merupakan satu dedikasi.

Dia ingin membuktikan bahawa sifat ‘cool’ bukan terletak pada sikap mengejar trend, sebaliknya terletak pada keberanian dan keyakinan untuk menjadi diri sendiri.

Hantaran itu mencatatkan lebih 76,000 tanda suka dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Baju pun setia, apatah lagi yang lain,” kata seorang netizen.

“Sederhana tetapi wanita tidak mampu ikut,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 
sama....
beza nya aku dah 20 tahun
naseb badan menten tak membulat...
wolopon dah cecah umur 50tahun..

ade dua pasang, satu set hitam, satu set putih,
pakai selang setahun...setel...
 
Back
Top
Log in Register