BTC USD 61,926.1 Gold USD 4,453.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kain perca dijadikan tangga

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
ne_10.1.jpg

SALAH seorang pendatang asing warga Kemboja cuba melarikan diri dengan menggunakan kain perca yang disambung-sambung di Sungai Udang semalam.

MELAKA – Taktik sekumpulan warga Kemboja yang tinggal melebihi tempoh dibenarkan di negara ini membuat tangga menggunakan kain perca untuk bersembunyi di dalam siling sebuah rumah di Taman Leech Avenue, Sungai Udang di sini tidak menjadi apabila mereka ditahan dalam satu operasi semalam.

Ketika serbuan kira-kira pukul 2.30 pagi itu, lima daripada sembilan penghuni rumah tersebut cuba bersembunyi di dalam siling dengan salah seorang daripada mereka hanya memakai seluar dalam manakala isterinya masih berkemban.

Ketua Penguat Kuasa Jabatan Imigresen Melaka, Mohd. Sabri Ismail berkata, tangga berkenaan yang diperbuat daripada kain perca dan besi itu dipercayai disiapkan lebih awal oleh kumpulan pendatang asing tanpa izin terbabit bagi memudahkan mereka bersembunyi apabila diserbu.

Katanya, kumpulan berkenaan merupakan sebahagian daripada 24 warga asing yang ditahan hasil pemeriksaan bersepadu di Ayer Keroh, Semabok, Bukit Katil, Sungai Udang dan Tangga Batu di sini.



sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1011&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm
 
Slamber dia aje lari xpakai baju..memang iron man..
 
Back
Top
Log in Register