BTC USD 83,613.5 Gold USD 4,157.01
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kad Kredit Tips & Tricks

kad kredit memang bahaya, tapi kalau pandai guna mungkin ada kelebihan kat kita semua.

baru ni aku beli laptop dengan iphone 5s kat senq. buat 0% epp 36bulan guna citibank. ada caj 5%. maknanya, 1.7% setahun flat rate, atau +- 3% EIR. berbaloi gak. kalau beli cara biasa, min. rate 15% p.a. kira jimat +-12%.

kalau maybank, boleh beli kapcai dgn epp. aku baru perasan bila dah beli motor. boleh buat 24bulan 0%. boleh jimat daripada hutang kedai camni.

ada tak thread merchant mana yang terima cc 0% epp paling lama? kalau takde, ingat nak buka nanti.
 
Ulasan dr org yg berpengalaman guna UOB One Classic. Cuba baca kt link bwh ni..

http://generationsxyz.blogspot.sg/2012/02/uob-one-card-5-cash-back-for-petrol-is.html

For those who cannot qualify for the OCBC Titanium MasterCard ( Minimum income RM36K p.a. ) and Citibank Platinum Cash Back ( Minimum Income RM48K p.a. ), the UOB One Card (classic) is great as it gives people earning less than RM30K p.a. to be able to benefit and enjoy 5% cash back at ALL Petrol Stations.

terima kasih tuan...mmg UOB paling sesuai untuk sesiapa yg ada 24k per annum dan untuk isi minyak...bior sikit asal dpt..:D
 
tepat sekali tuan

dapat sikit pun takpe dari langsung tak dapat :D
 
Apabila permohonan mendapatkan kad kredit diluluskan oleh pihak bank dan baru pertama kali memegang kad itu, ada yang tersenyum sampai ke telinga seolah-olah bangga dan puas.

Satu kebanggaan kerana berjaya memiliki kad kredit kerana ia dianggap lambang status peribadi. Kadang-kadang korang sendiri tanya kenapa mesti ada kad kredit.

Malahan ada yang dengan bangganya memiliki lebih daripada satu kad kredit.

Memilik berapa banyak kad kredit tidaklah menjadi kesalahan. Cuma, fikirkan setiap tahun akan dikenakan yuran tahunan. Tidak termasuk dengan perbelanjaan menggunakan kad kredit.

Ada orang kata, kad kredit boleh menjadi teman disayangi tetapi boleh juga menjadi musuh yang dibenci. Ia disayangi kerana membantu anda di saat memerlukan, terutama untuk kecemasan, tetapi dibenci kerana jumlah kredit atau hutang yang perlu dibayar balik.

Kalau sikit tak apalah, tetapi kalau sudah mencecah belasan ribu ringgit, ia boleh mempengaruhi emosi anda.

Memiliki kad kredit seperti yang dijelaskan tadi, tidaklah menjadi kesalahan. Cuma, menggunakan kad kredit perlulah bijak untuk memastikan kedudukan kewangan kita sentiasa sihat dan terkawal.

Kad kredit macam menyimpan pisau yang ada banyak faedahnya kalau bijak menggunakannya tetapi boleh membawa padah kalau disalahgunakan.

Berfaedah kalau berhemah penggunaannya

Sudah banyak diperkatakan mengenai kebaikan dan keburukan kad kredit ini. Kad kredit ialah alat pembayaran secara elektronik yang membolehkan kita membeli barangan atau mendapatkan perkhidmatan tanpa menggunakan wang tunai. Kad ini menjadi alat berguna kalau kita tahu menggunakannya dengan bijak.

Antaranya:

• Menjadi kaedah pembayaran yang mudah dan cekap

• Boleh membeli barangan dan mendapatkan perkhidmatan secara dalam talian (online)

• Menggunakan penyata bulanan untuk mengesan perbelanjaan bagi tujuan merancang perbelanjaan atau bajet.

• Ada kad kredit yang menyediakan perlindungan insurans kemalangan peribadi dan insurans perjalanan secara percuma, bergantung kepada jenis kad yang ditawarkan.

• Menikmati skim menarik seperti skim bayaran ansuran tanpa faedah, skim bayaran fleksibel dan pemindahan baki pada kadar 0 peratus untuk memaksimumkan pembelian

• Dapat mata ganjaran untuk menebus barangan dan perkhidmatan yang biasanya tidak boleh diperolehi kalau bayaran dibuat secara tunai

Selalu ingatkan diri sendiri

Secara umumnya, kita mahu memiliki kad kredit kerana faktor yang sudah disenaraikan di atas. Dalam bahasa yang mudah, dengan kad kredit, senanglah untuk berhutang kerana beberapa faktor seperti tidak cukup wang tunai sedangkan kita memang amat memerlukan perkhidmatan atau barang berkenaan pada waktu itu.

Namun, sebelum menandatangani dan menyerahkan borang permohonan mendapatkan kad kredit, fahami terlebih dahulu terma dan syarat yang ditetapkan.

Kalau korang sudah memiliki kad kredit, apa salahnya membelek semula terma dan syarat itu. Manalah tahu ia boleh mengingatkan diri sendiri supaya kita lebih berhemah apabila menggunakan kad kredit.

Antaranya ialah had maksimum bagi setiap kad. Kalau had ini habis diguna, kita tidak boleh menggunakan kad sehingga menjelaskan sebahagian daripada bayarannya.

Lazimnya, had kad kredit ini adalah dua hingga tiga kali ganda pendapatan bulanan kita. Kalau kita menggunakan had maksimum, ini bermakna kita sudah membelanjakan dua hingga tiga bulan pendapatan masa depan kita!

Bukan percumaMemiliki kad kredit juga sebenarnya tidaklah percuma. Ada yuran dan caj yang dikenakan dan kita perlu fahami, seperti:
• Yuran penyertaan
Pengeluar kad kredit mungkin mengenakan yuran penyertaan sekali sahaja. Yuran ini mungkin berbeza antara satu pengeluar kad dengan yang lain

• Yuran tahunanYuran yang perlu dibayar apabila kita menerima kad kredit. Terdapat juga pengeluar kad kredit yang mengecualikan yuran ini jika kita memenuhi syarat penggunaannya. Rujuk kepada pengeluar kad kredit anda.

• Caj kewanganIni adalah caj yang dikenakan ke atas baki yang belum diselesaikan selepas tarikh akhir pembayaran dan dikira berdasarkan baki harian.

Pada masa ini, pemegang kad kredit dikenakan faedah secara bertingkat. Tujuannya untuk menggalakkan penggunaan kad kredit secara berdisiplin.

• Yuran pendahuluan wang tunaiDikenakan setiap kali pendahuluan wang tunai dilakukan dan biasanya antara tiga hingga lima peratus. Yuran ini adalah caj kewangan tambahan dan dikira dari tarikh wang tunai itu diambil.

• Caj bayaran lewatCaj ini dikenakan kerana kita gagal menjelaskan jumlah minimum bulanan sebelum tarikh akhir pembayaran yang ditetapkan. Kalau kita membayar selepas tarikh ini, kita akan dikenakan caj kewangan (faedah ke atas baki belum jelas) dan juga caj bayaran lewat.

• Cukai perkhidmatanIngat! Bermula tahun 2010, setiap kad kredit akan dikenakan cukai perkhidmatan tahunan sebanyak RM50 ke atas pemegang kad utama dan RM25 ke atas pemegang kad sampingan (supplement). Bayaran ini akan dimasukkan dalam penyata kad kredit kita.
 
kawan copy post tuan dalam post #1
 
Back
Top
Log in Register