Panduan tambahan:
1. Batalkan kad kredit yang anda tak pernah apply , tiba-tiba sampai ke tangan anda. Jangan biarkan. Walaupun tanpa kita aktifkan kad tersebut, annual fee masih dikenakan.
2. Batalkan kad kredit berlebihan (idle) yang tak diperlukan untuk mengelakkan annual fee percuma untuk bank.
3. Untuk musnahkan kad yang telah dibatalkan, pastikan cabut cip mikro, pecahkan dan flush ke dalam toilet. Potong kad bahagian magnetic strip beberapa bahagian dan flush juga ke dalam toilet. Walaupun kad tersebut tidak pernah diaktifkan.
4. Sayangi kad kredit dari bank yang menghargai anda dengan memberikan berbagai kemudahan seperti menaikkan had kredit anda, memberikan keahlian VIP, memberikan rebate yang tinggi kerana credit rating anda cantik. Bagi bank yang tak pernah hargai anda, lebih baik anda batalkan kad kredit dari bank tersebut.
5. Sentiasa window shopping kad kredit yang ditawarkan oleh semua bank.
Nanti kawan sambung lagi...