BTC USD 83,898.0 Gold USD 4,129.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kaabah - rumah pertama di planet Bumi

jangan ado2 kan bondo yg takdo.

ni bukan cito lord of the ring bang...

tumpang lalu,adalah difahamkan (pernah terbaca dlm artikel) kunci pintu kaabah adalah dipegang oleh satu kaum tp x sure nama kaum tu....selain tu jugak,hanya kaum itu sahaja yg diizinkan oleh Allah swt boleh membuka pintunya,kalau kaum lain yg buka walaupun diberi oleh kaum tersebut(yg diberi oleh Allah swt kebolehan tersebut)nescaya x kan terbuka pintu tu. perkara nie istimewanya terjadi sehinggalah sekarang.. Boleh sesapa bagi penjelasan dan ceritakan perkara nie,teringin nk tahu dgn lebih lanjut.
 
Dulu mampus aku percaya kalau tengok dalam kaabah boleh buta mata..
rupanya jauh khabar dari rupa..

huhu dulu aku pun caya camtu.....tapi bila baca bite yg tun dr m masuk Kaabah ngan kerabat raja arab saudi......ok je.....terus aku x caya lagi.....sesungguhnya ilmu aku masih kurang lagi
 
huhu dulu aku pun caya camtu.....tapi bila baca bite yg tun dr m masuk Kaabah ngan kerabat raja arab saudi......ok je.....terus aku x caya lagi.....sesungguhnya ilmu aku masih kurang lagi

Cerita ni dari org2 yg pernah pergi sana..
tp dia0rang tak penah tengok pun..:))
aku terus jadi confius..~X(
 
sapa sini dah pernah pegi sana?
 
"Pengalaman Ustaz Haron Din Masuk Dalam Kaabah Bahagian Pertama (Kuliah Subuh di Mekah pada 18 April 2005)

Saya pernah tawaf di Baitullah seorang diri. Pelik tetapi benar. Waktu itu iaitu empat tahun sudah (2001) saya datang ke Mekah, Allah Taala lah yang mengaturkannya, saya dapat peluang untuk masuk ke dalam Kaabah. Sebab saya datang atas tetamu tokeh yang membuat dan membersihkan Masjidil Haram.

Pagi itu saya datang awal. Pengawal keselamatan baru memagar keliling Kaabah dan saya dapat masuk ke dalam pagar itu sebab saya ada Pass VIP. Ketika itu tetamu-tetamu lain tak sampai lagi. Ketika itu lah saya tawaf seorang diri di hadapan Kaabah.

Lepas saya habis tawaf baru tetamu-tetamu lain sampai. Ketika itulah saya nampak Hajarul Aswad seterang-seterangnya, ia tidak lagi hitam tetapi sudah kemerah-kemerahan.

Bila pintu Kaabah di buka saya orang yang ke tiga masuk ke dalam. Pertama pembuka pintu Kaabah iaitu daripada Bani Syaibah.
Pembuka pintu itu sudah tua, dia melatih anaknya yang berumur lebih kurang empat tahun untuk membuka pintu Kaabah itu.

Sejarah pintu Kaabah itu, kalau orang yang lain tidak boleh buka. Dia hanya boleh di buka oleh pemegang kunci itu sahaja dari keturunan Bani Syaibah. Bila Nabi meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah di kuasai oleh Bani Syaibah. Bani Syaibah ini adalah keturunan yang di amanahkan untuk memegang kunci kaabah sejak turun temurun.

Bila nabi balik semula ke Mekah dalam tahun 7 hijiriah, berlaku peperangan pembukaan Mekah, nabi menang dan orang Islam berkuasa ke atas Mekah. Nabi menghantar Sayidina Ali untuk mengambil kunci pintu Kaabah daripada Bani Syaibah. Sayidina Ali pergi ke Bani Syaibah dan rampas kunci tersebut. Bani Syaibah serahkan kunci kepada Sayidina Ali tetapi bila pintu Kaabah nak di buka tak boleh. Sekejap sahaja datang Jibrail kepada Nabi membawa wahyu dari Allah. Al-Quran (An-Nisaa’:58)
Mahfumnya “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya”

Nabi bagi balik kunci itu kepada Bani Syaibah, walaupun ketika itu Bani Syaibah belum Islam lagi. Rupa-rupanya bila bagi balik, Bani Syaibah kata mesti dia seorang nabi. Kalau dia bukan seorang nabi pasti dia gila kuasa kerana memegang kunci ini adalah satu penghormatan turun temurun.

Bila kunci ini dipulangkan balik, ketua Bani Syaibah terbuka hatinya memeluk Islam kemudian semua pengikutnya memeluk Islam sehingga hari ini.
Budak kecil tadi dibawa tangannya untuk pegang kunci oleh bapanya kemudian di buka dan di tolak pintu itu. Saya lihat di depan saya. Berapa besar pintu itu? Berapa tebalnya? Pintu itu dibuat dari Solid Gold beratnya 8 tan. Dia tolak senang sahaja, kemudian kami masuk.

Mula-mula sekali saya pergi sembahyang di satu ruang belakang pintu Kaabah yang menghadap ke arah Hajaral Aswad (dari dalam) iaitu di bahagian Multazam. Selama sejam saya berada di dalam Kaabah itu.

Di dalam Kaabah itu masih ada lampu yang digunakan pada zaman nabi dahulu. Zaman Kerajaan Umaiyyah ditukar lampu lain seterusnya zaman Kerajaan Abasiyah juga tukar lampu. Apabila lampu di tukar, lampu yang lama di simpan di dalam Kaabah. Berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus lampu lama ada disimpan di dalam itu.
 
Al-Quran melayang terbang melekat di pintu Kaabah

SubhanAllah....... besarnya mukjizat Al-Quran menjadi panduan & penawar hidup kita

Petikan warta perdana:
"Ratusan ribu jemaah haji yang sedang melakukan tawaf gempar apabila sebuah al quran tiba-tiba kelihatan melayang dan terus melekat pada pintu kaabah. Peristiwa mengejutan itu membuat ramai jemaah yang menyaksikan peristiwa itu menangis.

Saksi kejadian berkata pada malam jumaat sekitar jam 2 pagi, seorang wanita Morocco sedang melakukan tawaf sambil membaca al quran dan sebaik saja sampai depan pintu kaabah, beliau dirempuh oleh sekumpulan jemaah lain menyebabkan beliau terbabas dan quran yang dipegang terlepas, tapi tidak jatuh malah melayang dan melekat di pintu kaabah..

Selepas seorang staff masjidilharam mengambil kembali al quran tersebut dan diturun kan dengan kayu, saksi-saksi berpeluang mencium alquran tersebut. Ternyata baunya sangat wangi seolah-olah dipenuhi berpuluh botol minyak wangi."
 
g17.jpg

Mizab atau Pancuran Emas yang terletak di bumbung Kaabah

Pancur-emas-dalam-kawasan-Hijir-Ismail.jpg

Pancuran Emas di Bumbung Kaabah
 
Subhanallah...allahuakbar...allahuakbar..allahuakbar..

nak tegur sikit semua boleh x..? mulut mengucapkan allahuakbar.. tangan menaip perkataan allahuakbar tp avatar tu gambar tak senonoh.. tak nak dengar aku cakap ni takpe.. janji dah lepas tanggungjawab aku menegur.

aku bukan tegur saudara jutawanzaman sorang je.. aku tgk ramai giler pakai avatar tak senonoh...

harap korang semua sedar...



Uploaded with ImageShack.us
 
Last edited:
bila la nak sampai sana nie..insyallah akan sampai jugak kat sana nanti one day..amin!
 
Back
Top
Log in Register