BTC USD 83,850.6 Gold USD 4,139.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kaabah - rumah pertama di planet Bumi

Assalamualaikum.

Satu perkara yang boleh kita fikirkan tentang ilmu pembinaan yang Nabi Ibrahim a.s ketahui dan gunakan dalam pembinaan Kaabah.

Ianya berbeza dengan pembinaan yang diamalkan sekarang. Lazimnya jika hendak bina struktur segi empat biasanya akan diambil sama ukuran sisinya iaitu segiempat sama ataupun segiempat tepat.

Sumber dalam petikan pos ;

Lebar ukuran Kaabah diasaskan oleh Nabi Ibrahim adalah seperti berikut:

1. Dinding Timur adalah 48 kaki dan 6 inci
2. Dinding Hatim adalah 33 kaki
3. Dinding antara Hajar Aswad dan sudut Yamani adalah 30 kaki
4. Dinding Barat adalah 46.5 kaki

Saya pasti ianya bukan kelemahan , pasti ianya mempunyai hikmah2 tertentu yang boleh dipelajari.
 
tumpang lalu,adalah difahamkan (pernah terbaca dlm artikel) kunci pintu kaabah adalah dipegang oleh satu kaum tp x sure nama kaum tu....selain tu jugak,hanya kaum itu sahaja yg diizinkan oleh Allah swt boleh membuka pintunya,kalau kaum lain yg buka walaupun diberi oleh kaum tersebut(yg diberi oleh Allah swt kebolehan tersebut)nescaya x kan terbuka pintu tu. perkara nie istimewanya terjadi sehinggalah sekarang.. Boleh sesapa bagi penjelasan dan ceritakan perkara nie,teringin nk tahu dgn lebih lanjut.
 
Tq TT. cik tipah pun tak pernah tengok mcm mana dlm kaabah.
 
tula..tq tt dpt gak den tgk dlm kaabah nie..subhanallah.
 
Dulu mampus aku percaya kalau tengok dalam kaabah boleh buta mata..
rupanya jauh khabar dari rupa..
 
untungnye dpt msk n sembahyang dlm kaabah
 
Back
Top
Log in Register