kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,698
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,698
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Juruteknik Rugi Lebih RM50,000 Ditipu Tawaran Sijil Mengeksport Ke Negara Jiran
SCAM
Seorang juruteknik wanita kerugian RM58,500 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran mendapatkan sijil mengeksport produk ke Indonesia.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata mangsa yang berusia 38 tahun menghubungi suspek selepas melihat iklan berkaitan peluang mengeksport ke negara jiran itu di Facebook pada 23 Mac 2024.
“Mangsa dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp untuk penerangan kaedah mengeksport selain diberikan taklimat secara dalam talian menerusi aplikasi Zoom pada 7 Mei 2024.
“Suspek mempelawa mangsa untuk menyertai program dengan bayaran RM58,500 bagi urusan penyewaan tapak pameran dan permohonan sijil mengeksport produk biskut, bilis dan daging salai di Indonesia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Azli berkata mangsa yang teruja untuk membina jaringan perniagaan di luar negara telah membuat bayaran itu menggunakan wang simpanannya namun mula berasa curiga apabila gagal memperoleh sijil itu walaupun telah menunggu lama.
Selain itu, suspek sering mendesak mangsa agar membuat bayaran tambahan untuk mempercepat kelulusan sijil itu yang didakwa berada pada peringkat akhir.
Mangsa akhirnya membuat laporan polis pada 12.54 tengah hari semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Loading…
www.bernama.com