kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,698
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,698
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Beberapa barangan keperluan asas dan dapur dijual pada harga lebih murah sempena Jualan Rahmah MADANI ketika tinjauan Bernama hari ini.
Program Jualan Rahmah MADANI yang melibatkan barangan dapur terpilih membantu pengguna berjimat dalam perbelanjaan, sekali gus membolehkan mereka membuat persediaan stok sepanjang Ramadan.
Ramlah Abas, 44, dari Taman Kesidang, Kampung Lapan di sini berkata setiap Ramadan, perbelanjaan barangan dapur dan keperluan asas lain sedikit meningkat berbanding bulan lain kerana keluarganya memilih untuk memasak sendiri berbanding membeli juadah berbuka puasa.
“Selalunya perbelanjaan akan meningkat sekali ganda kerana memang beli lebih sebagai stok seperti beras, minyak masak, bawang, santan, ayam dan ikan.
“Hari ini tidak tahu pun ada Jualan Rahmah MADANI tapi alhamdulillah bila ada program ini, beberapa barangan lebih murah daripada harga biasa... jadi dapat jugalah berjimat,” kata suri rumah dan ibu kepada empat anak itu ketika ditemui Bernama di sebuah pasar raya di sini hari ini.
Ramlah berkata antara barangan yang dibeli ialah ayam segar, telur gred B, minyak masak botol, bawang besar dan ikan cencaru yang menawarkan harga lebih murah.
Bagi Murni Ismail, 35, dari Limbongan berkata Jualan Rahmah MADANI antara program yang dinantikan setiap bulan untuk mendapatkan barangan dapur pada harga istimewa.
“Minggu lepas, saya memang sudah beli barangan dapur tapi bila dapat tahu ada jualan berkenaan, saya ingin tambah beberapa barangan macam ayam, ikan, bawang dan telur.
“Bulan puasa ini memang hari-hari masak walaupun mudah, jadi barang dapur memang cepat habis tapi syukur juga dapat beli pada harga murah sedikit,” kata pekerja swasta yang tinggal bersama ibunya.
Sementara itu, Goh Teck Lai, 55, dari Tengkera berkata Jualan Rahmah MADANI perlu dianjurkan lebih banyak dalam sebulan dan diperluaskan di beberapa kedai runcit dan pasar raya bagi memudahkan pengguna mendapatkan barangan keperluan asas dengan harga lebih murah.
Jualan Rahmah MADANI Bantu Pengguna Berjimat Sepanjang Ramadan
Melaka, Jualan Rahmah, MADANI, murah, jimat, stok,