BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JPNS Tutup Sementara Permohonan Aktiviti Trans Hiking, Hiking Compress Mulai 1 Julai

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

JPNS Tutup Sementara Permohonan Aktiviti Trans Hiking, Hiking Compress Mulai 1 Julai​

90425e79d5ae1db84a6d40323a29a95d6a2bf2a4b1bc1


Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) akan menutup sementara permohonan bagi menjalankan aktiviti trans hiking dan hiking compress di semua Hutan Simpanan Kekal (HSK) di negeri itu berkuat kuasa 1 Julai ini atas faktor keselamatan.

Menerusi notis yang dikeluarkan Pengarah Perhutanan Negeri Selangor, mana-mana pihak yang melanggar arahan berkenaan boleh disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 47 Enakmen Pemakaian Akta Perhutanan Negara 1985.

Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM30,000 atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali.

Bagaimanapun, notis berkenaan tidak menyatakan tempoh pelaksanaan penutupan sementara itu.

 
Back
Top
Log in Register