BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JPNIN Kelantan Perkasa Inovasi PdP Guna AI Dalam Kalangan Pendidik

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,141
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,141
Reaction score
346
Points
141

JPNIN Kelantan Perkasa Inovasi PdP Guna AI Dalam Kalangan Pendidik​

237017d3206349ab5dc79947c190b18e6a647e21cb180

71305cd992b15a0f96fca56ceb269a6a6a647de7e918b

Foto kredit : JPNIN Kelantan

Usaha membudayakan inovasi dalam kalangan warga pendidik Tabika dan Taska Perpaduan di Kelantan terus diperkasakan melalui penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Kelantan Zarina Zakaria berkata teknologi AI membuka ruang kepada pendidik untuk menghasilkan kaedah pengajaran yang lebih kreatif, interaktif dan berkesan, sekali gus meningkatkan pengalaman pembelajaran kanak-kanak.

"Bagi memastikan penyampaian pendidikan awal kanak-kanak sentiasa relevan dengan perkembangan teknologi semasa seperti AI, penghasilan bahan bantu mengajar yang kreatif, inovatif dan berkualiti dilihat mampu memenuhi keperluan generasi masa hadapan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama pada Pertandingan Reka Cipta Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Menggunakan AI Tabika dan Taska Perpaduan Peringkat Negeri Kelantan di sini hari ini.

Sebanyak 14 kumpulan menyertai pertandingan tersebut dengan membentangkan hasil inovasi masing-masing yang memanfaatkan aplikasi AI dalam penghasilan bahan PdP yang lebih menarik, interaktif serta memenuhi keperluan pembelajaran masa kini.

Beliau berkata pertandingan itu bertujuan menggalakkan penghasilan bahan bantu mengajar yang kreatif, inovatif dan berkualiti melalui penggunaan teknologi AI, selaras dengan aspirasi pendigitalan pendidikan serta usaha memperkasakan pendidikan awal kanak-kanak.

"Pertandingan seperti ini bukan sahaja mengiktiraf kreativiti warga pendidik, malah menjadi platform perkongsian idea dan amalan terbaik yang boleh dimanfaatkan oleh semua institusi pendidikan awal di bawah JPNIN," katanya.

 
Back
Top
Log in Register