BTC USD 57,273.8 Gold USD 1,785.52
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JPJ kutip RM1.7j sejak perkenal diskaun saman

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
KUALA KANGSAR- Sebanyak RM1.7 juta berjaya dikutip Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sejak memperkenalkan kaedah pemotongan bayaran saman sehingga 30 peratus pada 18 November lalu.

Ketua Pengarah JPJ, Solah Mat Hasan (gambar) yakin lebih ramai pemandu yang disaman akan tampil membayar saman mereka menerusi diskaun istimewa itu.

''Menerusi kaedah ini, pemandu yang melakukan kesalahan dan dikenakan saman layak menerima potongan kompaun 15 hingga 30 peratus. Sejak diperkenalkan pada 18 November lalu, RM1.7 juta dikutip,'' katanya.

Beliau ditemui selepas menutup program 'Satu Komuniti Satu JPJ' (SKSJ) Padang Rengas di Sekolah Kebangsaan Jenalik, Sauk, dekat sini hari ini.

Bagaimanapun Solah berkata, potongan istimewa tersebut tidak meliputi saman yang melebihi 30 hari dari tarikh ia dikeluarkan, saman yang telah didaftarkan untuk sebutan mahkamah dan kes saman semula (setelah gagal hadir di mahkamah).

Sementara itu, katanya, sejak 2004, sejumlah 7,458 peserta mendapat lesen motosikal melalui program SKSJ di Perak.

Melalui sistem itu, jelas beliau, peserta tidak perlu menduduki ujian berkomputer bahagian pertama undang-undang jalan raya, sebaliknya hanya perlu hadir untuk mengambil ujian lisan.

Dalam perkembangan lain, kata Solah, JPJ akan sentiasa mengubah strategi untuk memastikan pemandu-pemandu yang melakukan kesalahan jalan raya tidak terlepas daripada tindakan undang-undang.

Langkah yang diambil katanya, termasuk mengelirukan tonto yang sering menjadi dalang kepada pengusaha-pengusaha lori.

''JPJ mempunyai cara dan kaedah sendiri untuk menghalang tonto daripada menghidu sebarang operasi jalan raya yang dijalankan. Kita akan sentiasa mengubah strategi yang digunakan,'' katanya.

Solah yakin, aktiviti tonto sebagai pemberi maklumat tentang pergerakan pegawai penguat kuasa JPJ kepada operator lori tidak mengganggu tugas-tugas sebenar pihak berkuasa tersebut dalam mengesan kesalahan yang dilakukan.

Ditanya adakah kes membabitkan sebuah kenderaan JPJ dibakar di Pulau Pinang baru-baru ini angkara tonto, katanya, ia belum dapat dipastikan lagi.

Bagaimanapun tegas beliau, perkara tersebut tidak menghalang para pegawai JPJ daripada terus melaksanakan tugas mereka.

''Tidak pernah disebabkan adanya tonto boleh menghalang tugas penjawat awam seperti JPJ, walaupun tonto ini mengganggu tugas kami, saya beri jaminan melalui strategi kami, kesannya tidak timbul,'' ujarnya.

Solah menafikan penguat kuasa JPJ mudah menerima rasuah memandangkan masih terdapat lori yang melakukan kesalahan, bebas berada di jalan raya.

Tegas beliau, tidak mudah bagi mana-mana pegawai untuk menerima rasuah kerana mereka perlu melalui beberapa peringkat bagi mengelakkan perkara itu berlaku.
 
Sponsored Post

mtx_69

Super Active Member
Messages
8,190
Joined
Aug 9, 2009
Messages
8,190
Reaction score
1,406
Points
141
banyak tu..bonus kaw2 ni macam
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register