BTC USD 84,213.3 Gold USD 4,260.13
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jom jawab soalan uji minda

kasturi

Legendary Member
gem
Messages
13,525
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,282
Points
196
Cuba isi jawapan di bawah ini sambil bersantai2 (sila jawab dengan jujur):

1. Allah menciptakan TERTAWA dan ___________?

2. Allah yang MEMATIKAN dan ____________?

3. Allah menciptakan LELAKI dan ____________?

4. Allah memberikan KEKAYAAN dan ___________?




Majoriti kita akan menjawab:
1. MENANGIS.
2. MENGHIDUPKAN.
3. PEREMPUAN
4. KEMISKINAN.

Yakin jawapan anda itu betul?

Untuk mengetahui adakah jawapan di atas itu benar atau tidak, mari kita sesuaikan jawapan tersebut dengan rangkaian firman Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam surat An-Najm (53), ayat: 43-45, dan 48:

"dan Dia-lah yang menjadikan orang TERTAWA dan MENANGIS." (QS. 53:43).

"dan Dia-lah yang MEMATIKAN dan MENGHIDUPKAN." (QS. 53:44).

"dan Dia-lah yang menciptakan berpasang-pasangan LELAKI dan PEREMPUAN. " (QS.53:45).

"dan Dia-lah yang memberikan KEKAYAAN dan KECUKUPAN." (QS. 53:48).


Ternyata jawapan kita umumnya BETUL hanya pada soalan no. 1-3.

Tapi, jawapan kita untuk no. 4 (kalau jujur) umumnya mesti KEMISKINAN (jwpn yg salah)

Jawapan Allah dalam Al-Qur'an bukan KEMISKINAN, tapi KECUKUPAN...

Sesungguhnya Allah Subhaanahu wa Ta'ala hanya memberi KEKAYAAN dan KECUKUPAN kepada hamba-Nya.

Yakinlah! Dan yang "menciptakan" KEMISKINAN adalah diri kita sendiri. Hal ini boleh berlaku kerana ketidakadilan ekonomi, malas, boleh juga kerana kemiskinan itu kita bentuk di dalam fikiran kita sendiri.

Itulah hakikatnya, mengapa orang-orang yang sentiasa bersyukur, walaupun hidup susah, ia akan tetap tersenyum dan merasa CUKUP...

Jadi, marilah kita melahirkan rasa KECUKUPAN di dalam hati dan fikiran kita, agar kita menjadi hamba Allah yang selalu BERSYUKUR.. baik dalam kegembiraan ataupun kesedihan dan kesusahan. Kerana di dalam kesusahan dan kesedihan pun adalah rezeki dr Allah SWT..


Wallahualam

10615324_186253738241861_4682502298794733837_n.jpg


sumber fb Kami-Boikot-Barangan-Yahudi
 
terbaik...so kena ubah persepsi soklan last tu...
 
good info tt, Allah SWT tak akan mengubah nasib kita selagi kita tk berusaha untuk sesuatu perkara
 
thread apa lah ini?? dah tentulah Allah beri yang baik, dan kemiskinan tu adalah kelemahan yg dtg dari diri kita sendiri. jawapannya dan tentukan "kecukupan", takkan "kemiskinan" pulak.. budak2 sekolah agama pun boleh jawap..

apa tujuan thread nie sebenarnya?? tak faham aku..
 
thread apa lah ini?? dah tentulah Allah beri yang baik, dan kemiskinan tu adalah kelemahan yg dtg dari diri kita sendiri. jawapannya dan tentukan "kecukupan", takkan "kemiskinan" pulak.. budak2 sekolah agama pun boleh jawap..

apa tujuan thread nie sebenarnya?? tak faham aku..

ko ni xhabih2 dgn sifat negatif....bila la nk berubah.....
 
Back
Top
Log in Register