BTC USD 63,419.5 Gold USD 4,331.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JKM bantu ibu 10 anak.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,719
Points
191
Johor Bahru: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menyalurkan bantuan sewajarnya dalam tempoh terdekat bagi membantu seorang ibu 10 anak dari Kampung Plentong Baru yang terpaksa menyerahkan tiga anaknya kepada orang lain untuk dijaga selepas ditinggalkan suami sehingga berdepan masalah kewangan.

Pegawai JKM Johor Bahru, Manayi Ibrahim berkata, wanita itu yang dikenali sebagai Norwati, 46, sepatutnya memaklumkan masalahnya kepada jabatan itu lebih awal.

Katanya, masalah berkenaan bukan saja boleh mengakibatkan tekanan perasaan kepada anaknya, malah boleh menjejaskan pelajaran mereka.

“Wanita itu tidak pernah tampil ke JKM menyebabkan bantuan tidak disalurkan dengan sewajarnya. Kami berharap apa yang menimpa wanita itu dan keluarganya merubah pandangan masyarakat supaya peka dan menyalurkan maklumat berkaitan golongan memerlukan kepada pihak berkaitan.

“JKM Johor Bahru akan mengunjungi keluarga berkenaan dalam masa terdekat,” katanya, semalam.

Harian Metro semalam melaporkan kisah Norwati yang terpaksa menyerahkan tiga daripada 10 anaknya kepada keluarga angkat berikutan masalah kewangan.

Walaupun dua daripada anaknya sudah berkahwin sejak setahun lalu, namun tidak banyak yang dapat dibantu memandangkan mereka juga dihimpit masalah kewangan.

http://www.hmetro.com.my/node/15895
 
Pusat zakat?...
Pandailah jkm,,,,time nak mite susah,,,
bile kelentong dlm tv,,mula salahkan xmite

So yg daif smua xbetul,,...
 
Back
Top
Log in Register