BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JKKP Pulau Pinang Keluar Dua Notis Susulan Kemalangan Maut

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
8901d890131c04ccaba9a0ff5d4ed5b15e3a3e11582f6


Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang mengeluarkan dua notis susulan kemalangan maut di Jalan Air Lintas di sini, dipercayai berlaku ketika pihak kontraktor menjalankan kerja-kerja membaiki jalan tar yang gagal ujian Nisbah Galas California (CBR).

JKKP Pulau Pinang dalam kenyataan memaklumkan semasa pemasangan papan tanda dan kon keselamatan, sebuah motosikal yang ditunggang laju melanggar papan tanda amaran dan tercampak ke bahagian belakang sebuah lori di lokasi kerja dalam kemalangan pada 11.30 malam, Rabu lepas.

“Mangsa telah dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia. Sehubungan dengan itu, JKKP Pulau Pinang mengeluarkan notis perbaikan berkaitan Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC).

“JKKP turut mengeluarkan notis prosedur kerja selamat bagi aktiviti kerja membaiki jalan kepada pihak-pihak terlibat dan mengarahkan majikan mengemukakan dokumen berkaitan serta menjalankan laporan siasatan dalaman,” menurut kenyataan itu hari ini.

JKKP Pulau Pinang memaklumkan pihaknya juga menjalankan siasatan susulan dengan mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan dan merakam percakapan dalam pemeriksaan bagi semua saksi yang telah dikenal pasti.

Menurut kenyataan itu, pihaknya akan mengambil tindakan jika terdapat pelanggaran di bawah Seksyen 15(1), Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Pindaan) 2022 dan majikan bertanggungjawab sepenuhnya dalam mengenal pasti bahaya, menilai risiko dan mengawal risiko di tempat kerja selaras dengan keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514).

 
Back
Top
Log in Register