BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JKKP Keluar Notis Larangan Susulan Kemalangan Maut Tapak Pembinaan Hospital

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146
96de631033b95898ced9a948e01806fa6797ac8b73339


Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang mengeluarkan dua notis larangan terhadap syarikat kontraktor terlibat kerja pembinaan sebuah hospital di sini, susulan kemalangan maut pada Jumaat lepas.

JKKP dalam kenyataan hari ini memaklumkan notis itu melibatkan larangan ke atas aktiviti pembekalan Ready-mix Concrete oleh syarikat terlibat dan larangan penggunaan laluan keluar masuk ke kawasan loji pembancuhan konkrit sehingga siasatan selesai dijalankan.

“Siasatan lanjut akan diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan tindakan sewajarnya akan diambil mengikut peruntukan undang-undang keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang berkuat kuasa,” menurut kenyataan itu.

JKKP memaklumkan memandang serius setiap kemalangan di tempat kerja dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan perundangan terhadap majikan yang gagal mematuhi peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Dalam kejadian 11.42 pagi 6 Feb, seorang lelaki Indonesia maut selepas lori simen dipandunya terjatuh dan terbalik ke dalam kawasan pembinaan aras bawah tanah semasa menjalankan kerja pembekalan konkrit.

 
Back
Top
Log in Register