BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Jiran terpaksa tahan sabar sikap penyanyi pengotor, sering buat bising, tak bayar sewa

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
46,541
Joined
Apr 15, 2012
Messages
46,541
Reaction score
4,820
Points
266

Jiran terpaksa tahan sabar sikap penyanyi pengotor, sering buat bising​

Norhayati Nordin
[email protected]
facebook sharing button

whatsapp sharing button

twitter sharing button

Laporan Harian Metro semalam
Laporan Harian Metro semalam

Kuala Lumpur: Tiga tahun menahan sabar dengan sikap pengotor dan mengganggu ketenteraman awam pada tengah malam hingga lewat pagi dilakukan seorang penyanyi lelaki popular era 1990-an, jiran persekitaran bersuara.
Ia susulan laporan Harian Metro semalam, mengenai pekerja swasta dikenali Liza Mohamad, 46, yang masih mencari jalan penyelesaian agar penyanyi bermasalah itu keluar daripada rumahnya yang disewakan sejak Oktober 2020 lalu.

Jiran terbabit yang mahu dikenali sebagai Che Ma berkata, apa yang diceritakan oleh Liza itu semuanya betul dan kasihan juga pada dia sebab susah sangat nak dapatkan semula rumah miliknya sendiri untuk diduduki.
"Penyanyi itu bukan saja tidak membayar sewa rumah dan bil elektrik, namun dia selama menetap di sini sejak tiga tahun lalu tidak menjalinkan hubungan baik dengan sesama jiran. Dia (penyanyi) selalu membuat ketenteraman penduduk terganggu.

"Pada waktu tengah malam hingga jam 2 sampai 3 pagi, dia bertukang dalam rumah yang membuatkan suasana bising dan mengganggu kami yang nak tidur. Kawasan rumahnya juga kotor dicemari najis kucing, selain merosakkan barangan penduduk setempat.

"Sejak dia menetap di kawasan kediaman ini, penduduk berhadapan gangguan bunyi bising dan dia langsung tiada rasa hormat pada jiran. Saya sangat berharap ada pihak berkuasa yang dapat campur tangan membantu Liza dan kami (penduduk) menyelesaikan masalah ini," katanya kepada Harian Metro.
Che Ma berkata, selepas membaca berita mengenai Liza itu, dia berasa tidak boleh terus berdiam diri lagi kerana penyanyi terbabit memang tidak boleh dibawa berbincang dan ditegur sebab dia akan naik angin serta ajak bergaduh.
Bagi seorang lagi penduduk dikenali Rashid, dia mengharapkan persatuan artis yang ada banyak di negara ini sanggup turun padang membantu tuan rumah terbabit menyelesaikan permasalahan yang berlaku.

"Sudah tiga tahun kami (penduduk) diam kerana bersabar walaupun keadaan dihadapi sebagai penghuni berjiran dengan penyanyi itu sangat terganggu. Saya sendiri pun amat kasihan dengan Liza kerana susah betul dia nak dapatkan rumahnya daripada penyanyi berkenaan.
"Beberapa laporan polis juga sudah dibuat oleh Liza, namun semacam tidak dapat membantunya untuk memiliki semula rumah peninggalan Allahyarham suaminya daripada penyewa tidak bermoral sebegitu," katanya.

Rashid bagaimanapun memaklumkan, pihak polis juga dilihat datang ke rumah sewa terbabit semalam bagi memintanya keluar meninggalkan kediaman berkenaan, namun hingga kini masih tiada tindakan dilakukan oleh penyanyi itu.
"Saya minta sangat kerjasama daripada pihak-pihak berkuasa yang boleh menangani masalah ini membantu kami. Tolonglah bawa keluar penyanyi itu dari tempat kediaman kami agar dia boleh menyewa di tempat lain yang lebih rendah kadar sewa bulanan," katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan seorang wanita membuat laporan polis terhadap penyanyi lelaki popular era 90-an yang didakwa gagal menjelaskan tunggakan sewa rumah mencecah RM3,000 sejak Jun lalu.
Malah, notis mengosongkan rumah itu juga difahamkan sudah diberi dan diterima oleh isteri penyanyi terbabit, namun tidak diendahkan dan mereka kekal duduk di rumah itu.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah ketika dihubungi turut mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Disiarkan pada: Oktober 10, 2023 @ 3:17pm

 

Duduk rumah ini sampai 31 Oktober saja!​

Norhayati Nordin
[email protected]
facebook sharing button

whatsapp sharing button

twitter sharing button

loapranklm1_1696980362.jpg


Kuala Lumpur : Pekerja swasta, Liza Mohamad, 46, yang berhadapan masalah dengan seorang penyanyi lelaki popular era 1990-an berkaitan tidak membayar sewa rumahnya hingga tertunggak memberi kebenaran kepada penyanyi itu menetap di rumah itu sehingga 31 Oktober ini.

Liza berkata, keputusan atas budi bicara itu dibuatnya selepas pertemuan bersama pegawai dari Baitulmal yang memberi jaminan akan mendapatkan tempat tinggal baharu untuk penyanyi itu sekeluarga dengan segera.
"Selepas berita saya disiarkan Harian Metro, ada wakil dari Baitulmal bertemu dengan saya untuk membincangkan masalah pembayaran sewa rumah tertunggak penyanyi itu kerana mereka mahu bantu menyelesaikannya.

"Tapi, mereka (pegawai Baitulmal) juga mohon saya berikan sedikit masa untuk mencari kediaman baharu buat penyanyi itu dan minta dibenarkan dia menetap di rumah saya sehingga 31 Oktober ini," katanya kepada Harian Metro.
Liza berkata, memahami keadaan penyanyi berkenaan dan keluarganya ketika ini, dia rasa bertimbang rasa dan bersetuju memberi kebenaran tinggal sementara, namun meminta pihak Baitulmal segera mencarikan rumah baharu itu.

Ditanya mengenai kedatangan pihak polis ke rumah itu semalam, Liza berkata, dia ada bersama-sama pihak berkuasa untuk bertemu penyanyi terbabit bagi perbincangan secara baik.
"Menerusi budi bicara berserta empat laporan polis yang sudah saya buat, penyanyi itu diarah mengosongkan rumah saya sepatutnya pada esok hari. Tapi, dengan persetujuan bersama Baitulmal itu, saya beri dia (penyanyi) peluang untuk tinggal lagi buat sementara waktu di rumah itu sehingga tarikh diminta," katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan seorang wanita membuat laporan polis terhadap penyanyi itu yang didakwa gagal menjelaskan tunggakan sewa rumah mencecah RM3,000 sejak Jun lalu.
Malah, notis mengosongkan rumah itu juga difahamkan sudah diberi dan diterima oleh isteri penyanyi terbabit, namun tidak diendahkan dan mereka kekal duduk di rumah itu.

Disiarkan pada: Oktober 11, 2023 @ 7:26am

 

Tuan rumah alami kemurungan hadap perangai penyanyi​

Norhayati Nordin
[email protected]
facebook sharing button

whatsapp sharing button

twitter sharing button

Laporan Harian Metro semalam
Laporan Harian Metro semalam

Kuala Lumpur: "Saya nak ucap terima kasih kepada pihak Baitulmal kerana sudi bantu selesaikan tunggakan sewa rumah, RM3,600 dan juga tunggakan bil elektrik berjumlah hampir RM7,000 itu. Terima kasih sangat," kata pekerja swasta, Liza Mohamad, 46.

Terdahulu, Liza berhadapan masalah dengan seorang penyanyi lelaki popular era 1990-an yang menyewa rumahnya apabila tidak membayar sewa sejak empat bulan lalu, termasuk bil elektrik tidak dilunaskan yang tertunggak hampir RM7,000.

"Saya kini berasa sedikit lega apabila masalah dialami dengan penyanyi itu sebagai penyewa rumah saya dapat diselesaikan secara berhemah. Tindakan Baitulmal pantas juga. Diharapkan semoga segala urusan ini berjalan lancar.

"Saya juga kalau boleh tidak mahu lagi berhadapan masalah seperti ini kerana disebabkan apa yang berlaku, saya pernah mengalami depresi (kemurungan) yang teruk hingga mengganggu tahap kesihatan saya," katanya kepada Harian Metro.

Liza berkata, sebagai pemilik rumah sewa yang berhadapan masalah sebegini, dia ada rasa kesal dan kecewa selain menjadikan apa yang berlaku itu sebagai iktibar pada dirinya untuk lebih berhati-hati di masa akan datang.
Terdahulu, Liza atas timbang rasanya memberi kebenaran kepada penyanyi terbabit terus menetap di rumahnya di Setapak Indah sehingga 31 Oktober ini kerana Baitulmal memberi jaminan akan mencari kediaman baharu dengan segera.

Difahamkan penyanyi itu perlu keluar dan mengosongkan rumah sewanya pada hari ini mengikut arahan pihak polis, berikutan Liza juga sudah membuat empat laporan polis terhadapnya kerana sukar dibawa berbincang.
Semalam, dilaporkan juga beberapa jiran tampil bersuara kerana tidak mampu bersabar lagi dengan sikap penyanyi itu yang didakwa pengotor dan mengganggu ketenteraman awam kerana suka buat bising di tengah malam.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan seorang wanita membuat laporan polis terhadap penyanyi itu yang didakwa gagal menjelaskan tunggakan sewa rumah mencecah RM3,000 sejak Jun lalu.
Malah, notis mengosongkan rumah juga difahamkan sudah diberi dan diterima oleh isteri penyanyi terbabit, namun tidak diendahkan dan mereka kekal duduk di rumah itu.
Disiarkan pada: Oktober 11, 2023 @ 12:54pm

 

Tuan rumah datang nak bincang, penyanyi keluar bawa parang​

Norhayati Nordin
[email protected]
facebook sharing button

whatsapp sharing button

twitter sharing button

loapranklm1_1696836021.jpg


Kuala Lumpur: "Dia seorang yang tidak boleh dibawa berbincang. Dia keluar dengan parang sewaktu saya datang ke rumah itu untuk berbincang," kata pekerja swasta, Liza Mohamad, 46, mengenai seorang penyanyi lelaki popular era 1990-an yang tidak mahu keluar dari rumah sewanya dan menjelaskan sewa rumah yang tertunggak sebanyak RM3,600.

Liza ketika dihubungi berkata, penyanyi itu sudah tidak membayar sewa rumah sebanyak RM900 sebulan dan kini tertunggak dari Jun sehingga September.
Selain itu, bil elektrik juga tidak pernah dibayar yang kini jumlahnya hampir RM7,000.
"Saya sudah membuat empat laporan polis terhadapnya, tapi masalah masih lagi tidak dapat diselesaikan," katanya.

Liza berkata, penyanyi terbabit menyewa rumahya itu di Setapak Indah, di sini sejak Oktober 2020 selepas kisahnya tular dan mendapat bantuan daripada Pusat Pengutan Zakat (PPZ) menerusi ejen yang membantu carikan kediaman untuk disewakan kepadanya ketika itu.

"Saya pula kebetulan memang nak sewakan rumah berkenaan pada masa itu dan bersetuju dengan kontrak sewa di antara kami yang tamat sepenuhnya pada September lalu. Tapi, malangnya sehingga kini walaupun kontrak sewa sudah tamat, namun dia masih tidak mahu keluar dari rumah saya.

"Saya ada datang ke rumah itu pada 18 September lalu untuk berbincang dengannya dan memohon dia sekeluarga keluar kerana saya nak menetap semula di rumah berkenaan yang juga aset peninggalan Allahyarham suami saya yang meninggal dunia pada 27 September 2019," katanya.
Liza berkata, disebabkan penyanyi itu tidak membayar sewa yang sudah tertunggak empat bulan, dia kini turut berhadapan masalah kewangan yang memerlukannya mendapat semula rumah itu untuk diduduki.

"Dia ada kata dengan saya yang sedia keluar dari rumah itu sekiranya ada kediaman lain untuknya. Selama ini pun dari Oktober 2020 sehingga September 2021, PPZ yang bayarkan sewa rumah itu. Kemudian dari Oktober 2021 hingga September tahun lalu, Baitulmal pula yang bayarkan sewa.
"Saya harap sangat pihak tertentu seperti PPZ dan Baitulmal tampil membantu saya dan carikanlah rumah lain untuk dia.

"Bil elektrik pula tidak perah dibayar sejak dia duduk di rumah itu sehingga sekarang tunggakan sudah mencecah hampir RM7,000. Oleh itu, saya harap sangat ada pihak dapat membantu sebab saya nak dia keluar dari rumah itu. Saya nak ambil khidmat guaman, tidak berkemampuan kerana bukan orang senang," katanya.
Ibu tiga anak ini berkata, dia bersedia menyelesaikan masalah itu dengan penyanyi itu secara baik di luar mahkamah, tetapi masih mengikut aturan undang-undang yang ditetapkan.

Semalam, Harian Metro melaporkan seorang wanita membuat laporan polis terhadap penyanyi lelaki popular era 90-an yang didakwa gagal menjelaskan tunggakan sewa rumah mencecah RM3,000 sejak Jun lalu.
Malah, notis mengosongkan rumah itu juga difahamkan sudah diberi dan diterima oleh isteri penyanyi terbabit, namun tidak diendahkan dan mereka kekal duduk di rumah itu.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah ketika dihubungi turut mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.
Disiarkan pada: Oktober 9, 2023 @ 3:21pm

 

Penyanyi tak bayar sewa, tuan rumah buat laporan polis​

Sudirman Mohd Tahir
[email protected]
facebook sharing button

whatsapp sharing button

twitter sharing button

Penyanyi itu juga didakwa mempunyai tunggakan bil elektrik mencecah RM6,770. (FOTO HIASAN)
Penyanyi itu juga didakwa mempunyai tunggakan bil elektrik mencecah RM6,770. (FOTO HIASAN)


Kuala Lumpur: Seorang wanita membuat laporan polis terhadap penyanyi lelaki popular era 90-an yang didakwa gagal menjelaskan tunggakan sewa rumah mencecah RM3,000 sejak Jun lalu.
Notis mengosongkan rumah itu sudah diberikan dan diterima oleh isteri penyanyi terbabit, namun tidak diendahkan dan kekal duduk di rumah itu.
Penyanyi itu juga didakwa mempunyai tunggakan bil elektrik mencecah RM6,770.

Difahamkan, wanita itu sudah berjumpa dan berkomunikasi melalui telefon bagi membincangkan perkara itu dan memintanya keluar dari rumah itu.

Penyanyi itu juga didakwa sering membuat bising dan merosakkan harta jiran. Malah, dia turut memelihara banyak kucing yang mengakibatkan bau busuk, membuang sampah merata-rata dan sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati jiran.
Wanita terbabit turut membuat laporan di Balai Polis Setapak.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.
"Ada laporan diterima berkaitan perkara ini. Pengadu buat laporan kerana takut terjadi apa-apa.
"Pengadu cuba selesaikan perkara ini secara baik dengan penyewa," katanya.
Disiarkan pada: Oktober 8, 2023 @ 7:39pm

 
Back
Top
Log in Register