combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
JIM Terengganu Tahan 10 Warga Asing Dalam Ops Bersepadu
Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu, Mohd Yusri Mohd Nor (empat, kiri) bersama pegawainya menahan pendatang tanpa izin dalam satu operasi bersepadu di sekitar Kuala Terengganu hari ini.
Sebanyak 10 warga asing termasuk empat kanak-kanak ditahan dalam operasi bersepadu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu di sekitar daerah Kuala Terengganu dan Marang, hari ini.
Pengarah JIM Terengganu Mohd Yusri Mohd Nor berkata operasi yang bermula 10 pagi itu melibatkan 47 pegawai dan anggota daripada JIM Terengganu, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Majlis Daerah Marang dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu.
"Dalam operasi ini, kita memeriksa 61 warga asing yang bekerja di lapan premis perniagaan termasuk kedai makan, pusat basuh kereta dan kedai perabot,” katanya kepada pemberita selepas operasi tersebut di Bukit Payong, dekat sini hari ini.
Mohd Yusri berkata kesemua individu yang ditahan berusia empat hingga 31 tahun, terdiri daripada seorang lelaki Indonesia, seorang lelaki Bangladesh dan lapan warga Myanmar, iaitu seorang lelaki, tiga wanita dan empat kanak-kanak.
Beliau berkata dua kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan yang ditahan itu berusia antara empat hingga 11 tahun.
“Ada (warga asing) yang cuba melarikan diri ketika ditahan, tetapi berjaya ditangkap pihak penguat kuasa," katanya.
Sementara itu, Mohd Yusri berkata JIM Terengganu telah menjalankan sebanyak 206 operasi di seluruh negeri sepanjang tempoh 1 Jan hingga 30 Jun lepas.
Beliau berkata daripada operasi tersebut, sebanyak 970 warga asing tanpa izin telah ditahan dan dihantar ke Depoh Imigresen Ajil untuk tindakan lanjut.
"Kita telah memeriksa 3,184 warga asing dalam 206 siri operasi berkenaan. Selain tangkapan warga asing, kita turut mengambil tindakan terhadap 28 majikan yang melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen.