BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JIM Perlis Gagalkan Cubaan Seludup Migran, Dua Lelaki Ditahan

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

JIM Perlis Gagalkan Cubaan Seludup Migran, Dua Lelaki Ditahan​

2d095f4b500d45f676fd742fad29cb4d6aa2d6866a232

1f75ecb6f1f159e27ee0aa574b54c7b76aa2d6749a4f1

55330c004a0aea776e70deee7ca4afec6aa2d69608551

Kredit: JIM Perlis

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perlis menggagalkan cubaan penyeludupan migran menerusi Ops Kutip selepas menahan seorang lelaki disyaki bertindak sebagai pengangkut bersama seorang warga asing di sekitar Kuala Perlis kira-kira 3 pagi tadi.

Pengarah Imigresen Perlis Mohammad A’sim Md Ali berkata operasi itu dijalankan hasil risikan dan pemantauan berterusan Bahagian Perisikan bersama Bahagian Penguatkuasaan JIM Perlis.

Beliau berkata pemeriksaan dan serbuan di lokasi membawa kepada penahanan lelaki berusia 53 tahun itu serta seorang lelaki warga Myanmar berusia 35 tahun yang didapati tidak memiliki dokumen perjalanan atau pas yang sah untuk berada di Malaysia.

“Siasatan awal mendapati kegiatan itu dipercayai menggunakan laluan terpencil berhampiran kawasan perairan bagi memindahkan pendatang tanpa izin. Turut disita sebuah kenderaan sedan dipercayai digunakan dalam kegiatan berkenaan, telefon bimbit serta beberapa dokumen berkaitan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Mohammad A’sim berkata lelaki warga tempatan itu disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 [Akta 670] manakala lelaki warga Myanmar berkenaan ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155].

“JIM Perlis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu, sama ada warga tempatan atau warga asing, yang disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan migran.

“Tindakan tegas berlandaskan peruntukan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat demi memastikan kedaulatan, keselamatan dan ketenteraman negara terus terpelihara,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register