kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,694
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,694
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
PGA Gagalkan Cubaan Seludup 4,750 Anak Pokok Di Rantau Panjang
SAC Ahmad Radzi Hussain. fb Briged Tenggara PGA
Pasukan Gerakan Am (PGA) menggagalkan cubaan menyeludup 4,750 anak pokok bernilai RM237,500 dalam Ops Taring Wawasan Kelantan di Sekat Pintas Serongga, Rantau Panjang, Pasir Mas, semalam.
Dalam operasi pada 6.20 petang itu, anggota Kompeni C Batalion 8 PGA, Pengkalan Chepa, turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun yang dipercayai berperanan sebagai pemandu lori.
Komander Briged Tenggara PGA SAC Ahmad Radzi Hussain berkata 4,000 anak pokok sentul dan 750 anak pokok ru pantai itu dirampas selepas pihaknya memeriksa sebuah lori.
“Lelaki berkenaan yang berasal dari Rantau Panjang dipercayai terlibat dalam aktiviti terbabit sejak kira-kira tiga bulan lepas,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata suspek mengaku bekerja sebagai pemandu kepada seorang lelaki warga Thailand yang dikenali sebagai “Mun” selain dipercayai menerima upah RM300 bagi setiap penghantaran anak pokok ke nurseri di sekitar negeri ini.
Ahmad Radzi berkata keseluruhan anak pokok dan lori dirampas dianggar bernilai RM337,500 manakala kes disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta 167).