BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jenayah curi kabel semakin menjadi-jadi di Malaysia

Jenayah Membawa Padah

Kejadian awal pagi semalam di Alor Setar, Kedah, memaparkan aksi dua individu yang dirakam sedang memotong wayar telefon TM Net.

Namun, ketika sedang melakukan perbuatan itu, salah seorang daripada mereka terjatuh sebelum kedua-duanya cuba melarikan diri.

Aksi tersebut turut dirakam CCTV.

Mereka kemudian dikejar anggota polis peronda sebelum berjaya diberkas.

Pengakhiran kisah pencuri kabel yang akhirnya membawa kepada penahanan.




 

Kerajaan Perhalusi pindaan Undang-undang Perketat Keselamatan Aset Kereta Api - Hasbi​

c74c919c5f27b6b62df9067d412c62db693964ba3ba96

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah

Kerajaan sedang memperhalusi pindaan undang-undang berkaitan bagi mengenakan tindakan lebih tegas terhadap kesalahan pencerobohan, vandalisme dan kecurian melibatkan aset kereta api, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata pindaan itu antara lain akan memperkenalkan hukuman lebih berat terhadap pesalah kes curi kabel dan dijangka dibentangkan di Parlimen hujung tahun ini.

“Banyak perkara perlu dipinda kerana undang-undang yang ada sekarang terlalu lemah. Bayangkan, menceroboh hukumannya RM500 sehingga RM1,000 sahaja. Pencurian kabel melibatkan isu keselamatan ini akan dikenakan penalti yang berat,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Datuk Wira Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) berhubung tindakan yang diambil bagi menoktahkan aktiviti mencuri kabel kereta api dan jumlah insiden kecurian yang berlaku dalam tempoh tiga tahun yang lalu.

Hasbi berkata sebanyak 393 insiden kecurian kabel direkodkan dalam tempoh tiga tahun lalu melibatkan 19,756 meter kabel dengan jumlah kerugian dianggarkan sebanyak RM16.3 juta.

Bagi membendung jenayah itu, katanya, kerjasama strategik dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diperkukuh termasuk usaha mendekati pengusaha dan peniaga besi buruk bagi memastikan mereka tidak membeli barangan curi.

“Pendekatan ini penting bagi memutuskan rantaian pasaran terhadap barangan curi dan mengurangkan insentif kepada pelaku jenayah,” katanya.

Beliau berkata pelbagai inisiatif turut dilaksanakan seperti pemasangan 1,146 unit sistem televisyen litar tertutup (CCTV) pintar berasaskan kecerdasan buatan di lokasi berisiko tinggi oleh Railway Assets Corporation (RAC) dengan kos RM14 juta.

Selain itu, penggunaan dron turut diperkenalkan bagi memperkukuh pemantauan udara di kawasan hotspot yang sukar diakses melalui rondaan biasa.

 

Geng Lakino Garuda Curi Kabel Solar, Komponen Telekomunikasi Tumpas​

ee1d6412cb3c3b4fe03e7ef7640b0cd46380bf3155131


Polis menumpaskan Geng Lakino Garuda dengan penahanan sembilan lelaki yang disyaki terlibat 21 kes kecurian kabel solar serta komponen telekomunikasi membabitkan kerugian lebih RM900,000 menerusi serbuan di Pahang dan Selangor.

Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar Ayob berkata suspek terdiri daripada masing-masing empat rakyat tempatan dan Indonesia serta seorang warga China berusia 26 hingga 52 tahun ditahan dalam operasi dari 27 Jun hingga 17 Julai.

Serbuan dilakukan pasukan Cawangan D4 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di Kuantan dan Shah Alam serta Sepang, Selangor.

“Enam daripada mereka dipercayai terlibat secara langsung melakukan jenayah mencuri kabel solar dan komponen telekomunikasi sementara tiga lagi ialah pembeli,” katanya pada sidang media di IPK Pahang di sini hari ini.

Beliau berkata polis kini memburu dua lagi suspek yang masih bebas.

Azry Akmar berkata siasatan lanjut mendapati 21 kes itu berlaku dari Februari hingga Jun lepas di Pahang melibatkan lima kes, Perak (lapan kes), Negeri Sembilan (lima kes) dan Terengganu (tiga kes).

Menerusi serbuan itu, polis merampas barang kes bernilai kira-kira RM500,000, iaitu sebuah lori bonded, Toyota Hilux, lebih 1,000 cip elektronik pelbagai saiz, kabel dan komponen milik Tenaga Nasional Bhd (TNB), masing-masing tiga parang dan kad Touch ‘n Go serta sembilan telefon bimbit pelbagai jenama.

Azry Akmar berkata dua daripada mereka mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan jenayah dan dadah manakala ujian air kencing tujuh suspek didapati positif amphetamine serta methamphetamine.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan Seksyen 411 kanun sama, iaitu menyimpan harta curi.

 

Polis Tumpaskan Geng Fitri, Tahan Tujuh Suspek Aktif Mencuri​

1202f81ca96a52ed2953dc0d14650ff16a61e8f5cb86c

Datuk Adzli Abu Shah

Polis Kedah menumpaskan Geng Fitri yang dipercayai aktif mencuri kabel utiliti, kenderaan, komponen kenderaan dan diesel di Kedah, Pulau Pinang serta Perlis, sejak awal bulan lepas.

Ketua Polis Kedah Datuk Adzli Abu Shah berkata kejayaan itu susulan laporan kecurian kabel di Taman Jati, Kuala Nerang pada 29 Jun yang membawa kepada penahanan tujuh suspek termasuk seorang wanita tempatan berusia lingkungan 20-an hingga 30-an di Pendang dan Sungai Petani.

“Siasatan awal mendapati suspek dan lapan lagi yang masih bebas terlibat dalam 12 kes termasuk kecurian kabel, kereta, komponen kenderaan dan diesel selain satu kes pecah kontena serta kes pecah cermin kenderaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Adzli berkata operasi bermula selepas anggota Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap mengesan kenderaan pacuan empat roda Isuzu D-Max putih yang disyaki digunakan dalam kejadian kecurian kabel di Kuala Nerang.

Beliau berkata polis mengejar kenderaan itu sehingga ke Bedong namun suspek melarikan diri dengan memasuki ladang kelapa sawit sebelum berjaya dikesan semula pada kira-kira 5 petang 14 Julai di Kampung Titi Akar, Pendang.

“Lima suspek berjaya ditahan selepas kenderaan itu terjunam ke dalam parit akibat terbabas semasa memecut untuk melarikan diri manakala dua lagi ditahan dalam serbuan susulan di sekitar Sungai Petani,” katanya.

Adzli berkata enam daripada mereka mempunyai rekod lampau manakala dua dikehendaki polis bagi kes jenayah dan dadah selain saringan awal air kencing enam suspek positif methamphetamine.

Beliau berkata polis merampas pelbagai barangan berkaitan jenayah itu termasuk Isuzu D-Max dengan nombor casis dan enjin telah diusik, Honda Civic FD, peralatan pemotong kabel, jaket keselamatan, kunci lurang Telekom Malaysia, alat pengesan logam serta mesin gerudi.

“Suspek akan bergerak secara berkumpulan pada awal pagi dengan menggunakan kenderaan curi dan menyamar sebagai kontraktor pembaikan kabel dengan memakai jaket keselamatan serta membawa pelbagai peralatan bagi mengaburi orang ramai.

 

KTMB Sasar Lonjak Prestasi Ketepatan Masa, Tingkat Pendapatan Bukan Tambang​

54b4a8e7ee4816f858d6bd6bc654877d6a6b32b3e4d62

Datuk Azlan Shah Al Bakri

Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) menyasarkan peningkatan ketara dalam prestasi ketepatan masa (OTP) sebagai sasaran jangka pendek utama syarikat bagi memperkukuh keyakinan rakyat terhadap perkhidmatan kereta api negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) Datuk Azlan Shah Al Bakri berkata analisa pihaknya mendapati cabaran utama yang memberi kesan kepada ketepatan masa tren bukan lagi berpunca daripada keadaan aset semata-mata, tetapi semakin dipengaruhi oleh kecurian kabel dan gangguan pihak ketiga.

Beliau berkata kedua-dua faktor itu serta bencana banjir, pokok tumbang dan kerja-kerja utiliti berhampiran landasan bukan sahaja menyebabkan kelewatan perkhidmatan, malah turut memberi implikasi kepada kebolehpercayaan rangkaian rel secara keseluruhan.

“Sebagai langkah pencegahan, KTMB akan terus memperkukuh pemantauan aset, meningkatkan kerjasama bersama pihak berkuasa serta memperketatkan kawalan terhadap aktiviti pihak ketiga yang dijalankan berhampiran landasan.

“KTMB juga akan terus memberi fokus kepada pembaharuan aset, meningkatkan kesiapsiagaan operasi serta memperkukuh kerjasama dengan pihak berkepentingan bagi memastikan perkhidmatan yang lebih selamat, boleh dipercayai dan menepati masa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi “Meet the Editor” yang turut dihadiri Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Arul Rajoo Durar Raj, di sini, hari ini.

Azlan Shah berkata selain meningkatkan OTP, KTMB turut memberi tumpuan kepada pertumbuhan jumlah penumpang, penambahbaikan mutu perkhidmatan serta memastikan perkhidmatan tren menjadi pilihan yang benar-benar dipercayai dan boleh diharapkan.

"Matlamat utama saya ialah melihat peningkatan yang signifikan dalam prestasi ketepatan masa. Selain itu, kita mahu melihat lonjakan jumlah penumpang, perkhidmatan yang lebih baik dan yang paling penting, tren KTMB dikenali sebagai perkhidmatan yang amat dipercayai," katanya.

Beliau berkata KTMB komited menyediakan pengalaman perjalanan terbaik kepada rakyat dan pelanggan melalui pelbagai penambahbaikan, termasuk mempertingkatkan kualiti makanan dan minuman di dalam Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS).

 

Kerajaan Perhalusi Pindaan Akta, Cadang Denda Curi Kabel Rel Sehingga RM100,000 - Hasbi​

74b4b11c4f45f30fc73a7054b5a80a366a702e18e4c8a

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah

Kerajaan sedang memperhalusi pindaan undang-undang berkaitan pengangkutan rel bagi mengenakan hukuman lebih berat dengan kadar denda sehingga RM100,000 terhadap penjenayah yang menceroboh dan mencuri kabel fasiliti rel negara.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata cadangan menaikkan kadar denda daripada hanya RM1,000 yang diperuntukkan ketika ini dijangka dibentangkan pada sesi Parlimen akan datang.

“Kita akan meminda undang-undang ini sampai mencecah RM100,000 setiap kesalahan. Ia dalam proses dan insya-Allah mungkin hujung tahun ini dalam sesi seterusnya akan dibawa ke dalam Dewan ini,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli berhubung langkah mitigasi kerajaan bagi menangani gangguan perjalanan akibat kecurian kabel dan memastikan pengangkutan awam terjamin.

Hasbi berkata pindaan undang-undang itu amat mendesak memandangkan hukuman sedia ada disifatkan terlalu ringan berbanding kesan kerosakan serta kelewatan operasi tren yang terpaksa ditanggung pengendalinya.

Beliau berkata langkah itu turut didorong lonjakan kes kecurian kabel yang mencatatkan nilai kerugian keseluruhan mencecah RM50 juta merentasi rangkaian Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Prasarana Malaysia Berhad dan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Hasbi berkata sebanyak 71 kes kecurian kabel direkodkan di sepanjang jajaran projek ECRL dengan anggaran kerugian RM4.06 juta, manakala 13 kes kecurian serta kerosakan peralatan dan bahan lain berkaitan sistem mengakibatkan kerugian sebanyak RM0.69 juta.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kerugian RM4.75 juta. Walaupun ECRL masih berada dalam fasa pembinaan dan belum melibatkan gangguan perjalanan kepada pengguna, insiden tersebut berpotensi menjejaskan jadual pelaksanaan projek, termasuk kerja-kerja pemasangan, pengujian, pentauliahan dan persediaan operasi,” katanya.

Bagi memperkukuh kawalan keselamatan di lapangan, Hasbi berkata kerajaan kini dalam proses memasang 1,146 unit kamera litar tertutup (CCTV) di sepanjang jajaran landasan dari Johor hingga ke utara tanah air.

 

Lebih RM34 Juta Bagi Pemasangan Lampu Jalan Solar Di 362 Lokasi - Nanta​

081ebd4e5ddf32ca8af0c2f34d5a4ecc6a703352efe5b

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi pada sesi soal jawab lisan pada Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima Parlimen Kelima Belas, Sidang Dewan Negara di Bangunan Parlimen.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kerajaan memperuntukkan RM34.19 juta tahun ini bagi pemasangan lampu jalan diod pemancar cahaya (LED) berkuasa solar di 362 lokasi terpilih di Jalan Persekutuan seluruh negara.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata lampu solar lebih sesuai dipasang di kawasan yang jauh dari grid elektrik, lokasi kerap berlaku kecurian kabel atau vandalisme serta jalan kampung dan pedalaman.

“Pemasangan lampu jalan berkuasa solar akan terus dinilai secara bersasar berdasarkan kesesuaian teknikal, keberkesanan kos, keperluan penyelenggaraan dan manfaat teknologi hijau,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Nanta menjawab soalan Senator Datuk Anna Bell @ Suzieana Perian mengenai perancangan kementerian untuk memberikan keutamaan kepada pemasangan lampu jalan solar di kawasan luar bandar dan pedalaman, khususnya di Sabah dan Sarawak.

Bagaimanapun, beliau berkata penggantian lampu jalan LED konvensional yang rosak di kawasan mempunyai bekalan elektrik sedia ada masih menjadi pilihan lebih ekonomik kerana kos pemasangan lampu jalan solar lebih tinggi dengan komponen baterinya dianggarkan merangkumi kira-kira 60 peratus daripada harga keseluruhan kelengkapan lampu.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Senator Datuk Seri Mohamad Zaini Salleh mengenai cadangan pemasangan lampu jalan dari Terowong Genting Sempah hingga Plaza Tol Karak, Nanta berkata 297 unit lampu jalan LED berkuasa solar akan dipasang di beberapa lokasi di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) yang dijadualkan siap pada penghujung tahun ini.

Beliau berkata kontraktor bagi kerja berkenaan telah dilantik manakala lokasi pemasangan meliputi beberapa jajaran arah timur dan barat antara Bentong Timur, Karak serta Kampung Sungai Dua.

Selain pemasangan lampu LED solar, Nanta berkata lampu jalan akan dipasang sepanjang kira-kira 26 kilometer dari kawasan selepas Terowong Genting Sempah hingga Persimpangan Mempaga menerusi projek pelebaran KLK yang akan dilaksanakan secara berperingkat.

Beliau berkata sebanyak 13 lokasi kerap berlaku kemalangan di KLK dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) dikenal pasti untuk tindakan penambahbaikan dan mitigasi termasuk pemasangan jalur gegar, pemulihan turapan serta penambahbaikan perabot keselamatan jalan.

 

Lelaki Ditahan Selepas Kereta Terbabas Cuba Lari Pemeriksaan Polis​

09574af564b3815523451f062f1ec21367695fd8737d4


Polis menahan seorang lelaki selepas kereta yang dipandunya terbabas ketika cuba melarikan diri daripada pemeriksaan susulan maklumat mengenai kejadian kecurian kabel di hadapan sebuah stesen minyak di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ), Cheng di sini awal pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Superintenden Halim Abas berkata dalam kejadian pada 4.45 pagi itu, sepasukan anggota Unit Kereta Peronda (MPV) Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Melaka Tengah menerima maklumat menerusi MERS 999 berhubung kejadian berkenaan.

“Anggota MPV kemudian bergerak ke lokasi dan sebaik tiba di Taman Cheng Utama, mereka ternampak sebuah kereta Perodua Alza berwarna biru dalam keadaan mencurigakan.

“Anggota MPV mengarahkan kereta berkenaan berhenti, namun pemandunya bertindak memecut dan melarikan diri menghala ke Asahan. Kereta itu diekori beberapa unit MPV sebelum terbabas di Sungai Chohong, Jasin selain melanggar kabel penahan tiang elektrik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Halim berkata suspek yang meninggalkan kereta itu dan cuba melarikan diri berjaya ditahan oleh anggota polis.

Beliau berkata pemeriksaan mendapati suspek seorang lelaki berusia 47 tahun dan ujian saringan awal air kencing mendapati dia positif methamphetamine.

“Semakan turut mendapati suspek mempunyai 12 rekod lampau berkaitan jenayah dan 10 rekod berkaitan narkotik,” katanya.

Halim berkata hasil penahanan itu, polis turut menyita sebuah kereta Perodua Alza berwarna biru yang dipercayai kenderaan sewa, selain beberapa peralatan seperti tiga pemotong besi, dua pembuka lurang, sebatang anak kunci dan sebuah kelongsong kabel yang tertera tulisan Telekom Malaysia Berhad.

Beliau berkata turut dirampas ialah segulung tali, sebuah beg pinggang yang mengandungi dokumen berkaitan pemilikan kenderaan, kad pengenalan dan lesen memandu milik individu lain serta sebuah telefon bimbit.

 

Dua Lelaki Ditahan Curi Kabel Elektrik Sekolah​

ee0775eb7753d3f5960a74faf36e54386a7f1d8b29a73

Kredit: Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak

Polis menahan dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kes kecurian kabel elektrik membabitkan kerugian kira-kira RM50,000 di sebuah sekolah di Chenderong Balai, Hilir Perak.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Chua Kok Lian berkata kedua-dua suspek itu ditahan oleh anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak kira-kira 3.30 pagi tadi hasil siasatan dan risikan yang dijalankan.

Beliau berkata pihak polis sebelum itu menerima laporan daripada seorang lelaki yang mewakili pihak sekolah kira-kira 12.40 tengah hari pada Rabu lepas memaklumkan kabel elektrik yang dipasang di kawasan blok sekolah telah dipotong dan dicuri.

“Hasil soal siasat terhadap kedua-dua suspek, polis turut merampas beberapa barangan dipercayai mempunyai kaitan dengan kes termasuk peralatan memotong kabel, kabel elektrik dan sebuah kenderaan.

“Kedua-dua suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Intan pada 14 Ogos dan perintah reman telah dibenarkan hingga Isnin ini bagi melengkapkan siasatan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau turut menasihati pihak sekolah, pemilik premis dan orang ramai supaya meningkatkan kawalan keselamatan terhadap harta benda dan kemudahan awam, khususnya kabel elektrik serta barangan yang mudah menjadi sasaran pencuri.

“Orang ramai juga disaran menyalurkan maklumat berkaitan jenayah kepada pihak polis untuk tindakan segera kerana kerjasama masyarakat amat penting dalam membantu polis mencegah dan membanteras kegiatan jenayah,” katanya yang turut memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

 

Polis Lepas Enam Das Tembakan Sebelum Tahan Suspek Curi Kabel​

35b01af6357f7c9ddcdde3b8b91cb1906a915dae86d78

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat kegiatan mencuri kabel selepas kenderaan dinaikinya cuba melarikan diri daripada pemeriksaan di sekitar Sri Petaling, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata kejadian berlaku kira-kira 9.30 pagi ketika anggota Polis Trafik Lebuhraya Kesas, Bukit Aman sedang melakukan rondaan sebelum mengesan sebuah kenderaan Ford Ranger berwarna hijau dalam keadaan mencurigakan.

Beliau berkata anggota polis kemudian memberikan isyarat supaya pemandu memberhentikan kenderaan berkenaan, namun lelaki itu terus memecut sebelum satu das tembakan dilepaskan ke arah tayarnya.

“Usaha mengejar kenderaan berkenaan dipercayai bermula dari Tol Awan Besar menghala ke Klang (Barat) hingga Jalan Hang Tuah 4, Sri Petaling dan berlangsung kira-kira 30 minit sebelum kenderaan itu berhenti berhampiran sebuah stesen minyak di Sungai Besi.

“Pemandu bagaimanapun tidak memberikan kerjasama dan cuba melanggar anggota polis sebelum lima das tembakan dilepaskan ke arah tayar belakang kanan kenderaan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fadil berkata pemandu terbabit kemudiannya melarikan diri dengan memandu kenderaan hingga memasuki Jalan Hang Tuah 4 sebelum hilang kawalan lalu melanggar sebuah kereta jenis Mazda berwarna kelabu.

“Susulan itu, polis menahan seorang penumpang kenderaan berusia 29 tahun, manakala pemandu terbabit melarikan diri.

“Pemeriksaan lanjut menemukan pelbagai barang dan peralatan dipercayai digunakan untuk kegiatan mencuri kabel selain kabel yang dipercayai telah dicuri,” katanya.

Beliau berkata semakan mendapati lelaki terbabit mempunyai 37 rekod jenayah lampau dan dikesan sebagai orang dikehendaki.

 
Back
Top
Log in Register