BTC USD 76,604.1 Gold USD 4,361.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jenayah curi kabel semakin menjadi-jadi di Malaysia

356994-356994.jpg


🚨 TINDAKAN PANTAS POLIS BANTUAN KTMB GAGALKAN CUBAAN CURI KABEL REL 🚨


⚠️ Individu yang menceroboh premis KTMB boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 126, Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715), Jika disabitkan kesalahan, pelaku boleh dikenakan denda tidak lebih RM1,000 manakala individu yang merosakkan mana-mana harta KTMB sama ada dengan sengaja atau cuai boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya di bawah Seksyen 128, Akta APAD 2010.

KTMB menegaskan bahawa semua kawasan landasan adalah kawasan larangan, dan sebarang aktiviti pencerobohan atau cubaan mencuri aset rel adalah kesalahan serius yang membahayakan keselamatan operasi tren serta nyawa orang awam

Kredit ➡️ KTM Berhad
 


Polis buru empat lelaki disyaki terlibat kegiatan curi kabel



KAJANG: Polis memburu empat lelaki yang disyaki terbabit dalam kegiatan mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhampiran Pangsapuri D’Kayangan Setia Ecohill, Semenyih, semalam.


Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada hari yang sama.

Menurutnya, siasatan awal mendapati keempat-empat suspek yang belum dikenal pasti bangsanya itu menggunakan sebuah kenderaan berwarna kelabu.

"Suspek dilihat sedang memotong kabel yang disyaki milik TNB di kawasan berkenaan.


Katanya, susulan laporan yang diterima, polis kini sedang giat mengesan semua suspek yang terbabit.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 431A Kanun Keseksaan bagi kesalahan melakukan khianat dengan memotong kabel.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Nadzul Majdi Abu Seman di talian 017-4661 757 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.

Artikel : Buletin Tv3
 
374823-374823.jpg


KTMB berkas lelaki cuba curi kabel


JOHOR BAHRU – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berjaya menggagalkan cubaan mencuri kabel sepanjang kira-kira 250 meter di laluan Kempas Baru–Kulai di sini hasil tindakan pantas Pasukan Polis Bantuan (PB) syarikat itu lewat malam tadi.

KTMB dalam kenyataan memaklumkan, pada pukul 8.50 malam Pusat Kawalan Tren menerima maklumat berhubung gangguan sistem persemboyanan di jajaran berkenaan sebelum Pasukan PB diarahkan menjalankan rondaan serta pemeriksaan segera di lokasi terlibat.

Menurut kenyataan itu, sekitar pukul 11.30 malam anggota bertugas mengesan seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan di kilometer 728.25 di antara laluan tersebut.

“Suspek dipercayai sedang melakukan aktiviti memotong kabel sebelum cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran anggota keselamatan.

“Bagaimanapun, hasil tindakan pantas dan cekap anggota PB, suspek berjaya ditahan pada pukul 11.47 malam,” menurut kenyataan itu.

KTMB memaklumkan, pemeriksaan lanjut mendapati kabel jenis empat teras sudah dipotong di kawasan berkenaan.

Anggota PB turut menemukan beberapa beg berisi peralatan pemotong kabel yang dipercayai digunakan dalam kegiatan itu dan dibuang berhampiran lokasi kejadian.

Suspek kemudiannya diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai untuk siasatan lanjut.

“Semakan awal mendapati lelaki berkenaan mempunyai 28 rekod jenayah lampau.”

KTMB menegaskan bahawa sebarang bentuk pencerobohan, vandalisme dan kecurian kabel melibatkan fasiliti rel dipandang serius kerana boleh menjejaskan operasi tren serta membahayakan keselamatan penumpang dan kakitangan.

Menurut syarikat itu, perbuatan menceroboh dan merosakkan harta benda kereta api merupakan kesalahan di bawah Akta Keretapi 1991 dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 yang memperuntukkan hukuman denda, penjara atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Seiring komitmen memperkukuh keselamatan infrastruktur rel, KTMB kini melaksanakan penambahbaikan sistem persemboyanan termasuk pemasangan penutup kabel lebih berat, perlindungan tambahan serta kunci keselamatan.

Selain itu, syarikat berkenaan turut mengaplikasikan teknologi berasaskan Internet of Things (IoT) seperti sensor, kamera litar tertutup (CCTV), sistem penggera, dron berteknologi kecerdasan buatan (AI) serta pengesanan akustik melalui kabel fiber bagi meningkatkan tahap pemantauan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan di kawasan landasan diminta menghubungi Pusat Pengumpulan dan Penyaluran Maklumat Polis Bantuan KTMB menerusi talian 03-2263 1194 atau balai polis berhampiran bagi tindakan segera.

Artikel : MalaysiaGazette
 


menyempat time bulan puasa nak curi kabel
 


Geng curi kabel Seksyen 3 Shah Alam diburu


KUALA LUMPUR: Polis giat mengesan sekumpulan lelaki yang dipercayai terlibat dalam kegiatan curi kabel di sekitar Seksyen 3, Shah Alam, Selangor.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, satu laporan diterima daripada seorang saksi berusia 30-an yang juga penduduk sekitar lokasi kejadian.

"Kejadian itu disedari berlaku pada 5 pagi, Jumaat lalu yang mana saksi yang sedang tidur sebelum terdengar bunyi bising di luar rumah.

"Saksi bangun dan lihat sekumpulan lelaki tidak dikenali sedang memotong kabel. Saksi cuba mengekori suspek namun diberikan amaran.

"Suspek juga dikatakan berpatah semula dan cuba mengejar saksi sebelum melarikan diri,"’katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, polis percaya kumpulan itu aktif dan mahir mencuri kabel bagi mendapatkan besi tembaga berdasarkan cara mereka melakukan kegiatan dengan mengorek lubang kabel dan menariknya keluar sebelum memotongnya di tempat yang sunyi.

Katanya, usaha mengesan dan suspek sedang giat dijalankan, manakala nilai kerugian masih dalam siasatan.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.


"Polis turut menggesa orang awam sekiranya menemui individu mencurigakan atau sebarang aktiviti mencuri kabel agar segera menghubungi talian kecemasan 999," katanya.

Terdahulu, rakaman video yang memaparkan kejadian itu tular di media sosial.

Rakaman berkenaan menunjukkan beberapa lelaki yang identitinya belum dikenal pasti menggunakan beberapa kenderaan termasuk pacuan empat roda untuk menjalankan kegiatan terbabit.

Artikel : Buletin Tv3
 
curi kable tu paling2 untung jual dpt rm200-500

baik ko keje je
 
378248-378248.jpg


Pakai kain pelikat curi kabel

Klang: Cubaan seorang lelaki dipercayai warga asing mencuri kabel berhampiran landasan kereta api dengan hanya menggunakan kain pelikat gagal apabila berjaya diberkas polis bantuan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam rondaan, semalam.

KTMB dalam kenyataan berkata, kejadian berlaku kira-kira pada 6.45 petang di Kilometer (km) 37.478 sektor Telok Gadong–Teluk Pulai, di sini.

Menurutnya, ketika kejadian dua anggota polis bantuan KTMB yang menjalankan rondaan dan pemantauan di kawasan 'hotspot' kecurian kabel terserempak dengan seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan berhampiran landasan.

"Apabila didekati, suspek cuba melarikan diri namun berjaya ditahan anggota polis bantuan KTMB.

"Hasil pemeriksaan lanjut menemui beg kecil, sebilah pisau dan gunting yang dipercayai digunakan bagi tujuan melakukan aktiviti jenayah tersebut," kata kenyataan itu, hari ini.

Menurut KTMB, susulan tangkapan itu, suspek bersama barang bukti kemudiannya diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan pada jam 7.20 malam untuk siasatan lanjut.

Katanya suspek tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan dipercayai warga asing.

"KTMB menegaskan perbuatan menceroboh dan merosakkan harta benda kereta api adalah satu kesalahan serius di bawah Akta Keretapi 1991 (Akta 463) dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715), yang memperuntukkan tindakan tegas

termasuk denda, penjara atau kedua-duanya sekali.

"KTMB memandang serius sebarang bentuk pencerobohan atau cubaan mencuri kemudahan infrastruktur rel kerana perbuatan tersebut boleh menjejaskan keselamatan operasi tren serta perkhidmatan kepada para penumpang," katanya.

Dalam pada itu, KTMB menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan sebarang aktiviti mencurigakan di kawasan landasan diminta untuk segera menyalurkan maklumat pihaknya.

"Maklumat boleh disalurkan kepada Pusat Pengumpulan dan Penyaluran Maklumat Polis Bantuan KTMB di talian +603-2263 1194 yang beroperasi 24 jam atau memaklumkan kepada pihak polis berhampiran," katanya.

Suharmin Yusuf
Kredit➡️ Harian Metro
 
378890-378890.jpg


Perubahan jadual laluan Putrajaya pada 7 hingga 8 Mac - Rapid Rail

KUALA LUMPUR: Terdapat perubahan pada jadual operasi tren terakhir Laluan Putrajaya pada hari ini dan esok bagi membolehkan kerja-kerja baik pulih susulan insiden kecurian kabel bekalan kuasa yang menjejaskan operasi perkhidmatan, menurut Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail).

Dalam kenyataan hari ini Rapid Rail memaklumkan, tren terakhir dari Stesen Putrajaya Sentral menghala ke Kwasa Damansara, iaitu pada jam 11.35 malam ini dan jam 11.05 malam esok akan ditamatkan di Stesen Metro Prima.

Bagi memastikan perjalanan penumpang dapat diteruskan, perkhidmatan bas percuma akan disediakan dari Stesen Metro Prima ke stesen-stesen seterusnya sehingga ke Stesen Kwasa Damansara dengan kekerapan antara 15 hingga 20 minit.

"Selain itu, penumpang yang ingin meneruskan perjalanan ke Kwasa Damansara juga boleh menggunakan Laluan Kajang sebagai laluan alternatif," menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, Rapid Rail memaklumkan perkhidmatan tren dari Stesen Kwasa Damansara ke Stesen Putrajaya Sentral kekal beroperasi seperti biasa tanpa sebarang perubahan.

Menurut Rapid Rail, langkah itu diambil bagi mempercepat proses pemulihan infrastruktur yang terjejas supaya operasi perkhidmatan Laluan Putrajaya dapat kembali berjalan seperti biasa dalam tempoh terdekat.

Sejak insiden kecurian kabel dikesan pada 3 Mac lalu, katanya pasukan teknikal Rapid Rail digerakkan sepenuhnya untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan infrastruktur yang terjejas bagi memastikan perkhidmatan dapat dipulihkan dengan selamat dan stabil.

"Bagi mempercepat kerja baik pulih, tempoh kejuruteraan pada waktu malam Sabtu dan Ahad akan dipanjangkan bagi memberikan ruang tambahan kepada pasukan teknikal untuk menjalankan kerja-kerja pemasangan semula kabel, pengujian sistem serta pemeriksaan keselamatan pada infrastruktur yang terbabit," menurut kenyataan itu.

Penumpang dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai status perkhidmatan melalui saluran media sosial rasmi Rapid KL dan aplikasi MyRapid PULSE.

BERNAMA
Kredit➡️ BERNAMA
 


14183441081483693-379196.jpg

14183441081483693-379197.jpg


Kes curi kabel di parit panjang, baling kedah.
 


Katanya kejadian curi kabel di Taman Sri Lambak, T6, Kluang.

Sumber➡️ This Is Johor
 
Back
Top
Log in Register