Graduan undang-undang antara empat didakwa cuba curi kabel TM
TAIPING: Graduan dalam bidang perundangan bersama tiga rakannya didakwa di Mahkamah Majistret, di sini hari ini, atas tuduhan cubaan mencuri kabel talian milik Telekom Malaysia (TM), Sabtu lalu.
Berdasarkan pertuduhan, mereka secara bersama cuba mencuri kabel TM bawah tanah dengan membuka penutup lubang kabel bawah tanah di tepi jalan, Jalan Kamunting-Batu Kurau berhadapan Kolej Vokasional (KV) Taiping, Kamunting, di sini, jam 1.50 pagi, 15 November lalu.
Ia kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 511 dan Seksyen 34 kanun yang sama.
Sabit kesalahan, ia memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali dan bagi kesalahan kedua dan ke atas boleh dihukum penjara dan denda atau sebat.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nazura Azman manakala keempat-empat tertuduh diwakili peguam, V S Singaravadivel.
Ia termasuk Sujenthrran yang menyara empat anak dengan pendapatan RM2,000 sebulan sebagai penyelia syarikat kawalan keselamatan dan Indran bekerja sendiri sebagai juruelektrik dengan pendapatan RM2,000 sebulan serta menyara tiga anak termasuk bayi baru dilahirkan.
"Manakala Sujendran yang mempunyai seorang anak berusia enam tahun adalah pemandu lori dengan pendapatan RM2,000 sebulan. Shiman pula bekerja di syarikat swasta industri O&G dengan pendapatan RM3,000 sebulan dan menyara empat anak masih kecil.
"Shiman juga graduan ijazah sarjana muda undang-undang dan berhasrat meneruskan pengajian di United Kingdom (UK)," katanya.
Sumber : Buletin TV3