BTC USD 76,604.1 Gold USD 4,361.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jenayah curi kabel semakin menjadi-jadi di Malaysia

Politik meroyan di setiap pelusuk tempat tanpa menghormati kategori forum
Syuukur malaysia masih aman.. yg penting madani memerintah
 
344488-344488.jpg


Graduan undang-undang antara empat didakwa cuba curi kabel TM


TAIPING: Graduan dalam bidang perundangan bersama tiga rakannya didakwa di Mahkamah Majistret, di sini hari ini, atas tuduhan cubaan mencuri kabel talian milik Telekom Malaysia (TM), Sabtu lalu.


Berdasarkan pertuduhan, mereka secara bersama cuba mencuri kabel TM bawah tanah dengan membuka penutup lubang kabel bawah tanah di tepi jalan, Jalan Kamunting-Batu Kurau berhadapan Kolej Vokasional (KV) Taiping, Kamunting, di sini, jam 1.50 pagi, 15 November lalu.

Ia kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 511 dan Seksyen 34 kanun yang sama.

Sabit kesalahan, ia memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali dan bagi kesalahan kedua dan ke atas boleh dihukum penjara dan denda atau sebat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nazura Azman manakala keempat-empat tertuduh diwakili peguam, V S Singaravadivel.


Ia termasuk Sujenthrran yang menyara empat anak dengan pendapatan RM2,000 sebulan sebagai penyelia syarikat kawalan keselamatan dan Indran bekerja sendiri sebagai juruelektrik dengan pendapatan RM2,000 sebulan serta menyara tiga anak termasuk bayi baru dilahirkan.

"Manakala Sujendran yang mempunyai seorang anak berusia enam tahun adalah pemandu lori dengan pendapatan RM2,000 sebulan. Shiman pula bekerja di syarikat swasta industri O&G dengan pendapatan RM3,000 sebulan dan menyara empat anak masih kecil.

"Shiman juga graduan ijazah sarjana muda undang-undang dan berhasrat meneruskan pengajian di United Kingdom (UK)," katanya.



Sumber : Buletin TV3
 


tercyduk juga alhamdulillah
 


Kejadian Curi Kabel di Taman Pelangi, Polis Buru Empat Suspek


JOHOR BAHRU, 29 November — Polis Johor Bahru Selatan sedang mengesan sekumpulan lelaki yang terlibat dalam kejadian curi kabel di Simpang Tiga, Jalan Hijau Muda, Taman Pelangi selepas satu video kejadian itu tular di media sosial.


Siasatan awal mendapati empat lelaki tempatan yang memakai pelitup muka dan menaiki dua buah kenderaan dipercayai terlibat dalam cubaan mencuri kabel sebelum melarikan diri sebaik sahaja polis tiba di lokasi.

Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti identiti semua suspek yang terlibat. Kes disiasat di bawah Seksyen 431A Kanun Keseksaan kerana khianat dengan membencanakan kabel, yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun, denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan atau menghubungi talian hotline IPD JBS di 07-2182323 bagi membantu siasatan.

Polis turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menggangu siasatan.
 


SEORANG LELAKI TEMPATAN DITAHAN BERHUBUNG KES CUBAAN CURI KABEL DI DAERAH MIRI



Pihak polis menasihatkan orang awam agar tidak melibatkan diri dalam sebarang kegiatan jenayah atau aktiviti yang menyalahi undang-undang. Orang awam juga digalakkan menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa bagi membantu usaha membanteras jenayah di daerah Miri.

Sumber Ipd Miri

ada lagi ye spesis cop cop parkir
 
14117400538836637-349484.jpg

14117400538836637-349485.jpg


SIARAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH TAIPING :

TANGKAPAN SUSPEK KES JENAYAH CURI KABEL DI TAMAN TEKAH JAYA TAIPING PERAK

Sumber Ipd Taiping
 

14121569753465309-351608.jpg

14121569753465309-351609.jpg

14121569753465309-351610.jpg

14121569753465309-351611.jpg


Lokasi turun jambatan kelang. Kata kes curi kabel. Tunggu kenyataan polis.

08 Dec 2025
 
14126044489088709-353649.jpg

14126044489088709-353650.jpg

14126044489088709-353651.jpg

14126044489088709-353652.jpg

14126044489088709-353653.jpg

14126044489088709-353654.jpg


TANGKAPAN WARGA ASING DISYAKI TERLIBAT KES CURI KABEL ELEKTRIK


Siasatan awal mendapati suspek bersama dua individu lain sedang mengangkat barang ke dalam kenderaan sebelum melarikan diri apabila menyedari kehadiran polis.

Pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut telah menemukan lapan guni berisi wayar kabel elektrik yang disyaki hasil curi. Kesemua barangan rampasan bersama kenderaan telah dirampas untuk siasatan lanjut.Suspek seterusnya dibawa ke IPD Muallim bagi tindakan selanjutnya mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

PDRM IPD Muallim akan terus mempergiat rondaan dan penguatkuasaan bagi membanteras jenayah harta benda serta memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara. Sekiranya masyarakat ternampak individu atau kenderaan yang mencurigakan, orang ramai boleh terus menghubungi IPD Muallim di talian 05-452 8222.

Kredit ➡️ IPD MUALLIM
 
Back
Top
Log in Register