BTC USD 76,316.9 Gold USD 4,300.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jemaah haji didukung, kaki tak boleh jejak tanah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Jemaah haji didukung, kaki tak boleh jejak tanah​

geli-haji.jpeg

Tangkap layar video menunjukkan wanita itu didukung untuk masuk ke rumah agar kedua kakinya tidak menjejak tanah. - Instagram

JAKARTA – Satu klip video tular di Indonesia memaparkan seorang wanita didukung oleh dua lelaki untuk masuk ke dalam rumah selepas pulang daripada  menunaikan ibadah haji agar kedua-dua kakinya tidak menjejak tanah.

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @fajaronlineofficial menunjukkan wanita mengenakan tudung manik berkilau itu didukung dari kereta sehinggalah ke pintu rumahnya.

Mereka berbuat demikian sebagai penghormatan kepada tetamu Allah yang baru pulang dari Tanah Suci, mengikut kepercayaan masyarakat Bugis di wilayah Sulawesi Selatan.

Selain tidak menjejak kaki ke tanah, kepercayaan lain termasuk tidak dibenarkan berjalan jauh atau melakukan aktiviti di luar rumah dalam masa 40 hari kerana dianggap masih suci.

Rakaman itu mencatatkan lebih 1.3 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Semasa turun daripada pesawat, dia (wanita berkenaan) digendong oleh pramugari sampai masuk kereta?” kata seorang netizen.

“Berakal salah satu syarat menunaikan haji,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register