BTC USD 63,592.8 Gold USD 4,461.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jangan jual tapak rumah

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KAMPUNG GAJAH - Penerima geran hak milik dan surat kelulusan Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Daerah Kecil Kampung Gajah diingatkan supaya tidak menjual tapak rumah mereka bagi mendapat keuntungan segera.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pemberian tapak rumah itu adalah sebagai usaha kerajaan bagi membantu rakyat yang tidak mempunyai tapak rumah sendiri.

Menurutnya, rakyat yang menerima bantuan pula haruslah menjaga amanah yang diberikan itu sebaik mungkin.

“Apa yang mengecewakan kita, ada yang sanggup menjual kepada pihak lain sedangkan bantuan itu membolehkan mereka mempunyai tapak rumah sendiri.

“Kebanyakan yang menerima tapak rumah ini juga adalah belia atau generasi kedua dan kita harap mereka membina rumah di tapak masing-masing,” katanya pada majlis penyerahan hak milik dan surat kelulusan RPT Daerah Kecil Kampung Gajah, semalam.

Seramai 811 penerima melibatkan RPT Bukit Chawi (267), RPT Bandar Baru Seberang Perak (422), manakala penerima notis 5A melibatkan RPT Air Kuning (140) dan RPT Pulau Tiga (15) menerima hak milik dan notis masing-masing dalam majlis itu.

Hadir sama, Ahli Parlimen Pasir Salak yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Sri Tajuddin Abdul Rahman.

Zambry berkata, pihaknya juga tidak meletakkan tempoh tertentu untuk membina rumah dan bergantung kepada kemampuan pemilik berkenaan.

“Mereka mempunyai pelbagai pilihan sama ada memohon melalui agensi terlibat seperti Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) ataupun membina sendiri.

“Apa yang penting ialah penerima ini membina rumah untuk mereka diami dan bukannya menjual kepada pihak lain,” katanya.




sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/jangan-jual-tapak-rumah-1.487358
 
Back
Top
Log in Register