ssufian
Banned
- Messages
- 1,340
- Joined
- Mar 21, 2006
- Messages
- 1,340
- Reaction score
- 0
- Points
- 20
sambungan...
Mengenai hubungan PAS-KeADILan. Sesetengah pihak melihat ia tidak seintim dulu?
Saya tak setuju pandangan itu. Sekali lagi, ini peranan media yang melihatkan hubungan PAS dan KeADILan yang kononnya tidak rapat. Bagi saya suasana hari ini lebih akrab. Perbezaan pendapat itu perkara biasa. Dalam satu keluarga pun ada berbeza pandangan. Tapi yang penting perlu bergerak atas dasar permuafakatan.
Memang ada perbezaan dalam beberapa perkara, seperti isu Tun Mahathir, tetapi masih ada banyak perkara yang kita setuju bersama. Mengapa kerana ada satu, dua perkara yang kita tak setuju diperbesarkan, sedangkan perkara yang disepakati bersama ditenggelamkan. Inilah peranan media.
Suara Keadilan dan Harakah punya tanggungjawab untuk tonjolkan persefahaman di kalangan ahli KeADILan dan PAS. Kita tak mahu rakyat keliru dengan benda-benda begini. Kenapa hari ini Mahathir nak bicarakan apa yang dulu dia juga buat?
Betul, sebagai parti politik kita kena ambil kesempatan, tapi jangan sampai terperangkap. Kita boleh eksploit isu, tapi kena bijaksana. Jika sudah terperangkap, kita susah nak 'make adjustment' dan rakyat di bawah menjadi makin keliru. Jangan lihat ini sebagai satu masalah, banyak lagi persamaan yang dimuafakat bersama.
Kembali faktor Anwar, ramai tidak puas hati pembabitannya dalam kancah politik Malaysia. Beliau masih banyak masa di luar negara sedangkan barisan pembangkang memerlukan kehadirannya. Lagipun pilihan raya sudah tidak lama lagi dan kita bimbang dalam masa singkat nanti tidak banyak yang boleh dibuat oleh Anwar.
Itu satu persepsi yang 'real', bukan saja daripada PAS, tapi KeADILan juga. Begitu juga rakyat biasa. Mereka mahu Anwar berada di Malaysia. Saya setuju sentimen ini. Tetapi Anwar lebih tertumpu kepada program yang diadakan secara tertutup kepada kelompok sasaran. Jadi tidak banyak publisiti.
Anwar juga banyak menyatakan pendirian tentang PAS, di pentas-pentas antarabangsa, di mana beliau menyangkal pemikiran non Muslim yang menyifatkan PAS sebagai Taliban. Bila mendengar hujah dan pendirian Anwar, mereka baru faham kedudukan sebenar.
Anwar banyak berhubung dengan Dewan Perniagaan Cina, Persatuan Pendidikan Cina termasuk Suqiu, Persatuan Hokkien dan lain-lain. Kesannya sangat positif, mereka makin faham kedudukan sebenar. Agenda di luar negara pun penting juga, kerana jika kita mahu perintah negara ini, kita perlu mendapat sokongan dunia antarabangsa. Soalan pertama yang sering ditanya kepada Anwar, mengapa KeADILan ada hubungan dengan PAS? Anwar sering pertahankan pendiriannya tentang hubungan dengan PAS. Akhirnya, mereka dapat gambaran jelas tentang PAS.
Anwar tidak akan lama di luar negara, dia akan kembali ke tanah air untuk mengukuhkan kedudukan kita, barisan pembangkang. Insya-Allah.