BTC USD 84,167.9 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jangan Biarkan PAS DiBuli PKR..

sambungan...

Mengenai hubungan PAS-KeADILan. Sesetengah pihak melihat ia tidak seintim dulu?

Saya tak setuju pandangan itu. Sekali lagi, ini peranan media yang melihatkan hubungan PAS dan KeADILan yang kononnya tidak rapat. Bagi saya suasana hari ini lebih akrab. Perbezaan pendapat itu perkara biasa. Dalam satu keluarga pun ada berbeza pandangan. Tapi yang penting perlu bergerak atas dasar permuafakatan.

Memang ada perbezaan dalam beberapa perkara, seperti isu Tun Mahathir, tetapi masih ada banyak perkara yang kita setuju bersama. Mengapa kerana ada satu, dua perkara yang kita tak setuju diperbesarkan, sedangkan perkara yang disepakati bersama ditenggelamkan. Inilah peranan media.

Suara Keadilan dan Harakah punya tanggungjawab untuk tonjolkan persefahaman di kalangan ahli KeADILan dan PAS. Kita tak mahu rakyat keliru dengan benda-benda begini. Kenapa hari ini Mahathir nak bicarakan apa yang dulu dia juga buat?

Betul, sebagai parti politik kita kena ambil kesempatan, tapi jangan sampai terperangkap. Kita boleh eksploit isu, tapi kena bijaksana. Jika sudah terperangkap, kita susah nak 'make adjustment' dan rakyat di bawah menjadi makin keliru. Jangan lihat ini sebagai satu masalah, banyak lagi persamaan yang dimuafakat bersama.

Kembali faktor Anwar, ramai tidak puas hati pembabitannya dalam kancah politik Malaysia. Beliau masih banyak masa di luar negara sedangkan barisan pembangkang memerlukan kehadirannya. Lagipun pilihan raya sudah tidak lama lagi dan kita bimbang dalam masa singkat nanti tidak banyak yang boleh dibuat oleh Anwar.


Itu satu persepsi yang 'real', bukan saja daripada PAS, tapi KeADILan juga. Begitu juga rakyat biasa. Mereka mahu Anwar berada di Malaysia. Saya setuju sentimen ini. Tetapi Anwar lebih tertumpu kepada program yang diadakan secara tertutup kepada kelompok sasaran. Jadi tidak banyak publisiti.

Anwar juga banyak menyatakan pendirian tentang PAS, di pentas-pentas antarabangsa, di mana beliau menyangkal pemikiran non Muslim yang menyifatkan PAS sebagai Taliban. Bila mendengar hujah dan pendirian Anwar, mereka baru faham kedudukan sebenar.

Anwar banyak berhubung dengan Dewan Perniagaan Cina, Persatuan Pendidikan Cina termasuk Suqiu, Persatuan Hokkien dan lain-lain. Kesannya sangat positif, mereka makin faham kedudukan sebenar. Agenda di luar negara pun penting juga, kerana jika kita mahu perintah negara ini, kita perlu mendapat sokongan dunia antarabangsa. Soalan pertama yang sering ditanya kepada Anwar, mengapa KeADILan ada hubungan dengan PAS? Anwar sering pertahankan pendiriannya tentang hubungan dengan PAS. Akhirnya, mereka dapat gambaran jelas tentang PAS.

Anwar tidak akan lama di luar negara, dia akan kembali ke tanah air untuk mengukuhkan kedudukan kita, barisan pembangkang. Insya-Allah.
 
Antara PAS dan PKR, parti mana yang lebih lama bertapak di negara ini? Mengapa PAS kini membiarkan dirinya dibuli oleh PKR?

PAS bertanding 67 kerusi parlimen manakala PKR bertanding di 96 kerusi parlimen. Kenapa PAS memberi banyak kerusi kepada PKR? Apakah janji manis PKR kepada PAS sehingga PAS sanggup memberi ruang kepada PKR dengan kerusi parlimen yang begitu banyak?

Sebagai parti yang lebih senior PAS seharusnya bertanding lebih banyak kerusi parlimen dari PKR. PAS seharusnya menjadi abang kepada PKR. PAS seharusnya lebih banyak bersuara dari PKR. Tetapi malangnya, keadaan yang sebaliknya berlaku. PAS tidak mampu melawan suara PKR yang mungkin lebih berkuasa dan berpengaruh dari PAS.

PAS kini hanya menjadi penumpang kepada perjuangan PKR..


Ko ni dah bagi mcm2 penjelasan pun...x pahm2..lagi..betul ko dah tua..buat cara tua..mmg konpom liat ko ni..
dah bg mcm2 bukti..x masuk dlm kepala....emmm
 
agaknya apala abe kl dpt bila dia sokong umno? tak sayang masa depan malaysia ke? maju macam mana pun kalu akhlak hancur tk kemana jugak
 
agaknya apala abe kl dpt bila dia sokong umno? tak sayang masa depan malaysia ke? maju macam mana pun kalu akhlak hancur tk kemana jugak

DIA TAKUT KALAU BN KALAH NANTI DIA SUSAH...KRONI2 DIA SEMUA DAH X ADA...SAPE NAK TOLONG DIA....DIA PEDULI APA PASAL ORG LAIN...JANJI POKET DIA PENUH...

ABEKL...NGATLE..MUNGKIN AWAK NI ORG BERHARTA...JD AWAK X KESAH WALAUPUN KRAJAAN MENINDAS RAKYAT...AWAK X RASA APE2 PUN CZ, DALAM ISU KENAIKAN HARGA BARANG...MINYAK....DLL.AWAK X TERJEJAS..TAPI RENUNG2KAN LAH PADA NASIB RAKYAT YG MISKIN N SEDERHANA..MEREKA AKAN RASA BETOL TERTEKAN...JADI X PAYAHLA AWAK NAK MELOBI BN KAT SINI...DI SINI KAMI NAK MNYATAKAN RASA X PUAS HATI KAMI PD PARTI BN...KALAU AWAK DAH PUAS HATI PD BN..AWAK DIAM JE LA...OK
 
Ko ni dah bagi mcm2 penjelasan pun...x pahm2..lagi..betul ko dah tua..buat cara tua..mmg konpom liat ko ni..
dah bg mcm2 bukti..x masuk dlm kepala....emmm

Sabar anuarinvestor... sabar...

Surah Yassin, ayat 8 - 11:

"...Sesungguhnya Kami jadikan (kesombongan dan keengganan mereka tunduk kepada kebenaran sebagai) belenggu yang memberkas kedua tangan mereka ke batang leher mereka; (lebarnya belenggu itu) sampai (menongkatkan) dagu mereka lalu menjadilah mereka terdongak..."

"...Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka, dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar)..."

"...Dan (dengan sebab itu) sama sahaja kepada mereka, engkau beri amaran atau engkau tidak beri amaran kepadanya - mereka tidak akan beriman..."

"...Sesungguhnya peringatan dan amaran (yang berkesan dan mendatangkan faedah) hanyalah yang engkau berikan kepada orang yang sedia menurut ajaran Al-Quran serta ia takut (melanggar perintah Allah) Ar-Rahman semasa ia tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Tuhan. Oleh itu berilah kepadanya berita yang mengembirakan dengan keampunan dan pahala yang mulia..."

kita cuma memberi peringatan kepada mereka... mereka nak dengar atau tidak... terpulang kepada mereka... dalam Surah Yassin... Allah ajar orang2 yang degil ni memang susah kita nak ajar atau beri peringatan... yang mudah ialah orang yang benar2 bersedia untuk menurut ajaran Al-Quran dan ikhlas mencari keredhaan Allah...

Insya Allah... semoga kita semua termasuk dalam golongan yang sentiasa diberi taufik dan hidayah dari Allah... Amin...

Rujuk thread http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=31458 untuk dapatkan tafsiran penuh Surah Yassin...

p/s: ingat pesan Tok Guru kita... kita ni kena sentiasa ingatkan diri bahawa kita ialah pejuang Islam bukan pejuang kemodenan atau kemajuan.... apa guna kemajuan atau kemodenan jika agama ditinggalkan...
 
ko jangan nak laga2 kan orang ...ko check dulu diri sendiri
 
Back
Top
Log in Register