BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jangan beremosi, utamakan kestabilan negeri dan negara, kata Loke

afwan83

Active+ Member
Messages
3,229
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,229
Reaction score
12
Points
25
74a96696-anthony-loke-siew-fook-bernama-pic-070526.jpg

Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook ketika berucap pada Ceramah Perdana Pimpinan Utama PH di Tapak Parkir Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam ini. (Gambar Bernama)

Beliau menegaskan keutamaan ketika ini adalah memastikan pentadbiran kerajaan negeri dan persekutuan berjalan lancar

“Saya berkongsi pandangan dengan Saifuddin Nasution Ismail (ketua setiausaha Pakatan Harapan), sebagai pimpinan tidak boleh bertindak atas emosi. Kita mesti bertindak atas kebijaksanaan,” katanya ketika berucap dalam Program Ceramah Perdana Pimpinan Utama Pakatan Harapan (PH) di Tapak Parkir Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

“Apa kita nak hari ini adalah agar negeri stabil, kerajaan (persekutuan) stabil. Kalau kerajaan negeri stabil, barulah kerajaan persekutuan stabil (Justeru) kena sabar dan ada strategi.”

Beliau turut menambah, kestabilan politik juga penting dalam memastikan hubungan kerjasama antara parti dalam kerajaan perpaduan, termasuk dengan Barisan Nasional (BN) terus terpelihara.

Selain Loke dan Saifuddin, Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun yang juga Adun Sikamat, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Speaker DUN Negeri Sembilan MK Ibrahim Abd Rahman turut hadir pada program ceramah itu.

Mengulas sentimen dalam kalangan penyokong yang mahu tindakan lebih agresif seperti pembubaran DUN, Loke berkata, beliau memahami perasaan tersebut, namun menasihatkan supaya semua pihak agar bersabar.

“Saya faham ada yang marah, ada yang mahu terus lawan. Jangan bimbang, kita buat kerja kita, tadbir negara dan urus negeri dengan baik. Sampai masa, kita akan lawan,” katanya.

Program Ceramah Perdana PH itu dianjurkan ketika Negeri Sembilan dilanda krisis kepimpinan susulan tindakan 14 Adun BN menarik sokongan terhadap Aminuddin serta kerajaan negeri pimpinannya kerana hilang kepercayaan terhadap menteri besar itu.

Ketua Umno Negeri Sembilan Jalaluddin Alias berkata, keputusan itu dibuat susulan krisis didakwa membabitkan institusi adat dan perlembagaan negeri yang kini menjadi perhatian umum.

BN kemudian mendakwa mempunyai majoriti mudah dalam DUN 36 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri, dengan sokongan lima Adun Perikatan Nasional (PN) yang menyatakan kesediaan bekerjasama. Gabungan itu akan menyaksikan blok BN-PN memiliki 19 kerusi, mengatasi 17 kerusi PH di DUN Negeri Sembilan.

Biro Politik Umno bagaimanapun pada Khamis lepas memutuskan parti itu kekal menyokong kerajaan perpaduan Negeri Sembilan, walaupun menghormati pendirian Adun BN yang hilang kepercayaan terhadap Aminuddin.
 
Baru ko nmpk rasional kenapa dulu UMNOBN selalu tegaskan pasal kestabilan kan.

So harap pasni kalau korg jadi pembangkang balik, berfungsilah secara yg x gugat kestabilan negara.
 
betul tu jangan beremosi
jangan desak Tun M serahkan jawatan PM kpd Anwar selepas 2 tahun PH menang PRU14
demi kestabilan kannn
 
harap lepas ni semua parti2 politik di Malaysia lebih matang la... jgn main isu perkauman, jangan janji bulan bintang, jangan sembang kari🤭🤭🤭🤭🤭🤭
 
harap lepas ni semua parti2 politik di Malaysia lebih matang la... jgn main isu perkauman, jangan janji bulan bintang, jangan sembang kari🤭🤭🤭🤭🤭🤭
So far yg nmpk masih sembang kari dan janji bukan2 ni sorg jer, yg suka ambil situasi zaman Islam klasik. Konon nk buat negara hidayah, pembahagian hasil bumi 80:20 antara negeri dgn pusat, serta nk bagi 20% royalti kpd negeri pengeluar.

Cuba tuan jawab dgn rasional, semua tu mmg boleh dilaksana, atau janji bulan bintang?
 
So far yg nmpk masih sembang kari dan janji bukan2 ni sorg jer, yg suka ambil situasi zaman Islam klasik. Konon nk buat negara hidayah, pembahagian hasil bumi 80:20 antara negeri dgn pusat, serta nk bagi 20% royalti kpd negeri pengeluar.

Cuba tuan jawab dgn rasional, semua tu mmg boleh dilaksana, atau janji bulan bintang?
kalau hasil bumi Malaysia melimpah ruah, inshaAllah boleh laksana...
 
Back
Top
Log in Register