BTC USD 76,511.4 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jangan Tergesa-gesa Buat Keputusan Jejas Kestabilan Negeri - Keadilan Melaka

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,172
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,172
Reaction score
346
Points
141

Jangan Tergesa-gesa Buat Keputusan Jejas Kestabilan Negeri - Keadilan Melaka​

70a194d5d44438421ae5d9b13217e4a96a5654d3b688c

Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Keadilan Melaka Adam Adli Abdul Halim

Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) Melaka menyeru semua pihak agar tidak tergesa-gesa membuat keputusan yang boleh menjejaskan kestabilan pentadbiran, kebajikan rakyat dan pembangunan negeri.

Keadilan Melaka dalam kenyataan malam ini turut menggesa supaya isu berkaitan Enakmen Perlembagaan Negeri (Melaka (Pindaan) 2026 mengenai pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) secara lantikan diselesaikan melalui semangat muafakat dan rundingan demi memastikan kestabilan pentadbiran negeri terus terpelihara.

Menerusi kenyataan sama, Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Keadilan Melaka Adam Adli Abdul Halim berkata parti itu mengambil maklum pendirian lima ADUN Pakatan Harapan (PH) berhubung enakmen berkenaan dan keputusan mereka menarik diri daripada kerajaan negeri.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi itu berkata berkata Keadilan Melaka kekal berpegang kepada prinsip bahawa kestabilan politik dan pentadbiran amat penting bagi menjamin kemajuan negeri, pertumbuhan ekonomi serta kesejahteraan rakyat.

“Pada masa sama, cadangan pelantikan ADUN lantikan perlu dinilai secara teliti berasaskan prinsip kebertanggungjawaban, integriti dan semangat demokrasi,” katanya.

Beliau berkata Keadilan Melaka turut menjunjung pendirian Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa setiap perbezaan pandangan hendaklah diselesaikan melalui semangat muafakat, rundingan yang berhemah dan mengutamakan kepentingan rakyat.

Adam Adli berkata parti itu menghormati pendirian yang dinyatakan oleh kelima-lima ADUN namun keputusan menarik diri daripada kerajaan negeri bukan dipersetujui secara bersama di peringkat kepimpinan PH Melaka.

“Ruang perbincangan perlu terus dibuka supaya setiap keputusan dapat dicapai secara matang, bertanggungjawab dan demi kepentingan rakyat Melaka,” katanya.

Terdahulu, Anwar memohon DAP Melaka menangguhkan keputusan parti itu untuk keluar daripada pentadbiran kerajaan negeri bagi memberi tumpuan kepada pembangunan dan kebajikan rakyat.

 
Back
Top
Log in Register